Rabu, Januari 05, 2011

DIA Penganugerah 'Keajaiban'

Views

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Ku mulai menulis dengan pengharapan.. moga Apa yang tersembunyi dari hati ini dapat dilakarkan untuk sama-sama berkongsi sebuah makna penghambaan..
kerna erti memberi dan menerima itu amat penting dalam sebuah kehidupan~
Pemberian yang mengharapkan erti rasa Ber'TUHAN'..
pemberian yang jua mengharapkan dapat menjadi muhasabah buat diri yang sering alpa dan lalai..

"Allah..Allah..Allah"
Rahmati dan ampunilah ku Ya ALLAH

Fatrah Kemuncak Imtihan

"Sesungguhnya kami sedang berjuang!!~"
Berjuang & berpencak dengan Mata Pena,dengan juhudnya MembaCa,menajamkan FOKUS~serta mengamalkan PRIORITI 'mengutamakan apa yang utama..
Fatrah Imtihan..memerlukan 'Tadhiyah' (Pengorbanan) ,Memerlukan Usaha Doa dan Tawakal..

Tapi seringkali kita gagal meninggikan sifat tawakal kan..?Lumrah Dalam penghambaan..
Allah..Allah..Allah..

Sketsa 'Keajaiban' itu

Pernahkah kalian mengharapkan sebuah keajaiban? mengharapkan sesuatu yang mustahil untuk berlaku..meletakkan sesuatu 100% untuk mendapatkanya dengan hanya mengharapkan sebuah 'keajaiban'...?

Dan sering ku bermonolog sendirian..:'PENGHARAPAN KEPADA SEBUAH KEAJAIBAN'


Bagaimanakah yang dimaksudkan akan sebuah keajaiban tersebut?
Keajaiban yang ku maksudkan adalah 'Erti Sebuah Tawakal'..Tawakal ke atas usaha yang telah dilakukan..tawakal dan berserah diri pada ALLAH selepas ikhtiar dalam melakukan sebuah perancangan.
Tawakal jua selepas Menduduki Imtihan selepas usaha dan berdoa semampu mungkin~

“Apabila hambaku bertanya kepadamu(wahai Muhammad) berkenaan aku, sesungguhnya aku amat dekat. Aku memperkenankan permohonan yang berdoa apabila dia berdoa kepada Aku…”
Surah Al-Baqarah ayat 186

:: Allah..Allah..Allah::
Bukankah DIA Sang Penganugerah 'Keajaiban'

Terkadang aku menyedari..aku sering gagal mengawal perasaan ..meningkatkan Emosi lebih dari Iman..
Bersedih Dengan:
Sebuah kehilangan
sebuah kegagalan
Rezeki yang bukan milikku

Zikir ..Fikir..Faham

Lantas ingin aku mengajak kalian menghayati sebuah kisah yang dapat menjadi pengajaran buat muhasabah bagi hati-hati yang sering merasakan kecundang dan berpegang pada tali 'PUTUS ASA'..menyalahkan takdir ..Sedarlah..Tawakal Itu sebuah keajaiban~

Tingginya Tawakal seorang Gadis Kecil



"Abu Faidh Thauban atau yang terkenal dengan nama panggilan Zunnun Al-Mishri adalah seorang ahli Tasawwuf yang besar dari negara Mesir.
Diceritakan bahawa pada suatu hari zunnun Al-Mishri pergi ke laut untuk menjala ikan untuk menyara hidupnya dengan disertai oleh anak perempuannya yang masih kecil.
Zunnun menebarkan jaringnya,tidak beberapa lama kemudian jaring itupun ditariknya.Diaberuntung kerana dapat menangkap seekor ikan.Anak perempuannya yang ikut turun ke laut,menyaksikan bahawa mulut ikan itu bergerak-gerak seperti orang berzikir.Apabila Zunnun menghulurkn tangannya untuk mengambil ikan yang sudah dijangka menjadi rezekinya itu,tiba-tiba anaknya menghalangnya.Dengan pantas anknya mengambil ikan yang masih hidup itu dan dicampikkannya ke laut semula.Maka bebaslah ikan itu di alamnya.

Zunnun tidak dapat mnghalang perbuatan anaknya itu dan hanya melihat dengan penuh kehairanan.
"Mengapa kau membuang rezeki yang sudah kita perolehi?"Tanya zunnun kepada anaknya.
Anaknya menjawab:"saya tidak rela makan makhluk yang berzikir kepada ALLAH."

Zunnun hairan terhadap jawapan anaknya itu,kerana setiap ikan yang baru ditangkap sudah tentu bibirnya bergerak-gerak.
"Apa yang hendak kita buat?" Tanya zunnun lagi.
Anaknya menjawab:" Kita bertawakal kepada ALLAH semoga DIA memberikan kita rezeki benda yang tidak berzikir kepada ALLAH."
Kedua-duanya pun balik tidak meneruskan kerjanya sebagai penangkap ikan dan mencari kerja lain sambil bertawakal kepada ALLAH.Setelah bekerja sampai petang,keduanya belum juga mendapatkan sesuatu rezeki untuk di makan sedangkan perutnya sudah mulai lapar.

Apabila waktu Isya' sudah masuk,tiba-tiba ALLAH menurunkan hidangan dari langit yang terdiri daripada berbagai jenis makanan,maka makanlah keduanya rezeki itu.Keadaan seperti itu berlaku setiap malam dan berlangsung sampai lebih kurang dua belas (12) tahun.
Zunnun menyangka bahawa kurnia daripada ALLAH yang sangat istimewa ini adalah disebabkan dirinya yang sangat rajin beribadah,solat,berpuasa dan berdoa kepada ALLAH.

Apabila keadaan ini sudah berlangsung lebih kurang 12tahun,anak perempuannya yang ikut ke laut itu meninggal dunia.Ternyata hidangan dari langit tidak turun lagi berikutan kematian anaknya itu.Kini zunnun menyedari bahawa kurnia ALLAH yang turun pada keluarganya berupa makanan dari langit itu bukan disebabkan kerana dirinya yang rajin beribadah dan berdoa,tetapi disebabkan kerana ketinggian tawakal anak perempuannya yang sudah meninggal dunia itu."

Subhanallah..betapa jauhnya perbezaan kita dengan si gadis kecil itu..Meletakkan sepenuhnya pergantungan hanya pada ALLAH selepas berusaha ,lantas berdoa dan meletakkan setinggi-tingginya puncak tawakal kepada Sang Penganugerah 'Keajaiban'~

Dan kita?
Ya,sering kita berkeluh kesah sekiranya tidak dapat menjawab peperiksaan dengan sebaiknya
Ya,seringkali kita berputus asa dengan sebuah kegagalan
ya,sering jua kita meletakkan tekanan pada diri sendiri tanpa meletakkan pergantungan bahawa ALLAH itu akan membantu pada hamba-NYA yang sering meletakkan setinggi tawakal kepada-NYA selepas berusaha sedaya mampu..
sering sentiasa selalu

ALLAH..ALLAH..ALLAH
'Rabbul Izzati sentiasa mendengar rintihan kita kan~'

~Wahai Sang pejuang Ilmu~
Usaha+Doa+Tawakal

Sesungguhnya hadapilah ujian ini dengan penuh ketenangan
Kerna ianya sekadar setitis ujian dunia yang bisa ditempuhi pecinta Ilmu
Tiada Imtihan yang bersifat zalim
Menderhaka kepada pemuja ilmu
Melainkan Untuk mencungkil kembali apa yang tersembunyi di sebalik minda
Bahawa...:
Apakah yang dapat diterjemahkan kembali menjadi bait-bait yang tersusun rapi
Di atas kajang putih bersih atau hanya sekadar berkubur
di Pinggiran kekotak maklumat

Firman ALLAH SWT:
“Sekiranya kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkal lah kepada Allah”
Surah Ali Imran ayat 159.

Tiada siapa yang boleh membantu melainkan diri sendiri
Bangkitlah~
Sudah tiba masanya berjuang di medan Ilmu!


--Atin Jieha--
06012011
12.00a.m
[ Muhasabah buat diri yang sering alpa :'( ]



☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH