Angin..~
Datang ke sini ke mari..
Bantu aku, dengar apa yang tersembunyi dalam sanubari
Dengar sini..Dengarlah ku ingin berbisik
Hulurkan pertolonganmu buat ku hati yang terusik
Angin..~
Ayuh menyapa rumput
Awan turut dijemput
Lantas Memuji memuja..kebesaran Allah sentiasa disebut
Insaf bertaubat mengukir sebuah taat
Kanvas dunia dilakar dengan pena mata jihad
Angin..angin~
Ini rahsiaku rahsiamu dan rahsia-NYA
Andai bisikku padamu mengundang padah..Menjemput mehnah..
Khabarkan padaku..jangan gundah..jangan lelah
DIA mahu kita begini bergandingan menuai jasa
Maka,bantulah aku sampaikan kepada mereka
Bahawa bisikan ini bukan main-main..bukan gurau sahaja
Angin..~
Sampaikan bisikku,bisikkan pada mereka
Hembuskan halus ke cuping telinga mereka
Aku hadir menebar dakwah demi Illah
Bukan gemersik halus gurauan berbisa
Namun wadah buat renungan bersama-sama
Bertatih Mengejar redho-NYA..
Angin..~
Katakan pada mereka..
Kita tidak ingin melihat sebegini sedemikian kerna dunia
Nafsu melonjak-lonjak..hati terbuai lara
Tidak ingat syurga..biar diri hingga ternoda
Terhantuk-hantuk..
Terlentuk-terlentuk..
Tersentuh-sentuh..melenggang lengguk..
Alahai..biaskan pada mereka semua itu teruk~
Angin..~
sampaikan bayu sampaikan sayu ku itu
Tancapkanlah busur panah cinta Subhanallah
Tancapkanlah cepat dijantung mereka
Sebelum hati mereka menjadi beku membatu terpaku
Pada keindahan dunia yang sering memburu
pada hati-hati manusia yang menjauh dari-MU Ya Tuhanku....
Angin..~
Kita merencana
Kita melaksana
Takdir yang tercipta
Amanah yang dibawa
Sapalah mereka,ingatkan mereka dengan sebuah bisikan berbisa
Kerna sayang,kita tidak mahu mereka leka..
Pasakkan Satu hati dihujung langit
Sejauh bima sakti
Dengan kudrat kurnia dari-NYA yang melangit
Terus tidak pernah jemu berbisik ..
Bahawa jangan terus-menerus mabuk dengan dunia..syaitan durjana
Angin..~terus sampaikan pada mereka..
Bantu aku..menyebar dakwah demi-NYA
Demi-NYA Yang Esa..
Allah....
--Atin Jieha--
22022011
01:07a.m
[ Senandung malam bersama awan ~ ]
1 ulasan:
angin..tolong sampaikan salam rinduku pada ukhti ku ini..
Catat Ulasan