Ahad, Februari 20, 2011

~Si pari-pari kecil..Gerimis itu seperti Tahu~

Views

-Cerminan diri-


~"Gerimis seperti tahu
Akan sesuatu itu
Yang bersembunyi dengan syahdu
Yang menyorok kerna lesu"~

"Blackout!~Allah..saat hujan mencurah-curah,saat bumi urdun dibasahi air mata langit~Rumah ku diselubungi kegelapan..angin yang mengganas,angin yang berputar..seperti mengetahui akan sesuatu itu..
suatu rasa,suatu tekanan,suatu jeritan kecil dalam hati~
arghhh...~
Nah..aku kembali bermonolog..hanya berbicara dengan diri sendiri.
Diam~
Itulah langkah paling mudah..tanpa menzahirkan sebarang emosi yang dibuai lesu.
Lesu?
ye..lesu kerna kenangan silam sewaktu kecil tiba-tiba mengusik dan menjentik hati.
Gelap..gelita~
iya,kerna gelap itu seakan-akan membawa aku ke dunia itu.Tatkala menangis,aku pasti menyorok di bawah almari cermin..menangis semahu-mahunya sehingga tertidur.
ALLAH..itulah aku sewaktu kecil.keanak-anakan...~ye,aku rindukan tempat tersebut.Yang mana aku boleh menyorok,meluahkan tangisan tanpa dilihat sesiapa..lucu bukan?~
Dan sekarang..aku perlu kental!Bukan lagi si anak kecil yang terus-terusan dengan tangisan tanpa mahu cari jalan penyelesaian..Bukan lagi membiarkan diri terperangkap dengan kotak gelap sempit dengan hanya memandang luar dengan lubang yang kecil,.tanpa pasti,adakah mendung mahupun langit biru diluar sana.
Langit biru..
Mengungkapkan langit biru,teringatkan akan si pari-pari kecil..yang ku panggil adik.
Si pari-pari kecil yang dahagakan nasihat dan curahan pada rohani, pada jiwa sendiri.
Teringat pula achik saya..perbualan dengannya:seketika pun menghumban rasa~
"Along..along"
Tadi hari ini bermula dengan baik,baik sangat-sangat
Tapi selepas itu achik tidak tahu kenapa tiba-tiba rasa kosong~
Jawab ku:"along tahu..achik along selalu lihat seperti hilang arah."
Ku katakan padanya.."kena risik hati itu"
Maka kukatakan lagi,jom sama-sama kita mencari ye dear~
Mencari ketenangan dan pengisian buat rohani kita
Mencuba sedaya upaya..Buat jiwa yang sentiasa dahagakan~
sentiasa mahukan~
sentiasa inginkan~
Allah..Allah..Allah..
Noktah!~..ku noktahkan perbualan..
Kembali pada si pari-pari kecil ku..^^~•.¸¸❤¸¸.•
Akak mampu mencurahkan disini..dengan kalam yang bertunjangkan petik-petikan keyboard notebook.Dengan curahan berdasarkan hati dan iman..maka,terzahirlah sebuah jawapan.Buat anda yang memerlukan penyelesaian..Disini akak mencoret kalam~
Sis huda,
Mengingati mati itu perlu..Mengingati mati cara terbaik manusia dalam menasihati diri sendiri.
Tatkala tersungkur,tatkala rebah...lantas mengingati mati bakal menjadi motivasi.
Memohon kita jangan pernah berhenti,untuk berdiri mengejar sang pelangi.
Sis huda~
andai kita kembali memuhasabah diri kembali...pasti takut yang dirasai untuk menghadapi kematian itu kita menggantikan ia dengan kerinduan~
Rindu~
Kerinduan seperti Para sahabat dan Solihin yang merindukan mati syahid di jalan ALLAH.
Mereka yang tidak pernah gentar untuk menggadaikan nyawa demi agama kerna mereka yakin pada anugerah syurga yang dijanjikan ALLAH.
Sis~
Tidak semua manusia atau yang lebih baik dikatakan hamba kepada-NYA itu sentiasa mengingati mati..mengejar cinta dunia tak henti-henti,amanah dari ALLAH tidak dituruti.
Dibuang sikap penghambaan..dibiarkan nafsu merajai diri yang tidak gentar murka dari TUHAN.
Mereka tidak menyedari bahawa kehidupan di dunia hanyalah sementara dan kematian itulah penghubung kepada kehidupan yang abadi~
Beruntunglah sis..kerna anda masih punya rasa ingat pada kematian..masih punya rasa seperti ini dalam hati..
sis~
andai dengan mengingati mati itu membuatkan anda dalam ketakutan,sehingga menganggu ibadah anda..kembalilah pada TUHAN.Hanya DIA yang punya jawapan..Untuk merungkai segala persoalan.Takut,satu rasa yang mampu membawa kesan yang berbeza.Takut terkadang jangan biar kita merasakan lupa pada janji ALLAH bahawa mati itu pasti!
Andai 'DAUN' itu luruh,maka tanpa menunggu walau sesaat..kematian dan ajal itu tetap tiba datang menjemput kita sis..~
maka,bijaklah dalam memilih rasa takut pada kematian itu..sebagai perantaraan untuk kita lebih taqarrub dengan ALLAH Taala~
sis~
Teringat sebuah persoalan yang pernah dibangkitkan oleh seorang saudara kita..
Seorang saudara yang tertekan apabila memikirkan kematian yang bakal kunjung tiba
Perasaan dalam memikirkan kematian yang menganggu gugat jiwa
katanya,beliau belum bersedia
Katanya,beliau masih banyak perkara yang masih belum dilangsaikan dalam kehidupan dia
Tidak tenang,suram,sepi~
Allah...kasihan beliau~
Namun,sedarlah..Perasaan tidak tenang,suram sepi dan sayu dan takut itulah kebiasaan bagi sesiapa yang sentiasa mengingati kematian.Rentetan melalui perasaan tersebutlah,seseorang itu akan lebih tergerak untuk melakukan kebaikan~
Kerna takut akan kematian..
kita akan perbanyakkan ibadah
kerna suram..
Kita banyakkan membaca Al-Quran
Kerna sunyi..
Kita bergaul dengan kawan-kawan
Tapi jangan sesekali menjadikan perasaan itu sebagai pendinding atau penghalang disebabkan kita takut maka kita tidak berani untuk berbuat apa pun~
Ambil dari sudut positif..buangkan yang negatif..~
Nah..ditangan didada kita ada jalan penyelesaian..
Berdasarkan iman tanpa bertunjangkan nafsu yang mencemar..
Mengingati mati..mendorong tekun berusaha
Mengingati mati..mendekatkan diri pada Yang Esa
Sis~
Hayati..Renungi..Fahami~
"Tiap-Tiap yang berjiwa akan merasakan mati.Kemudian hanyalah kepada kami kamu akan dikembali."(QS.29:57)

Oh sis~si pari-pari kecil akak..
Menulis ini pun sudah membuatkan air mata itu tumpah
Menulis ini pun membuatkan akak tersedar
Menulis ini juga membuatkan akak terasa kerdil dengan kalian..
Terutama pada TUHAN
Akak pun terkadang gagal..
Dalam mengawal perasaan..
Dalam mendalami hikmah disebalik segala ujian.
Sering gagal..
Untuk menjadi da'ie dan mad'u Yang kental
Allah..Allah..Allah..
Terkadang berputus asa kerna tidak mampu mengubah manusia dari menjadi manusia
Dunia tetap duniawi
Tidak mampu untuk mengubahnya kerna manusia itu akan selalu menuruti kecenderungan hati
Dan terkadang tatkala lelah dengan mad'u itu
kerna tidak mampu mengubah keperibadian mereka
Maka,akak silap dengan membiarkan sahaja mereka dan menerima dengan apa adanya..
Allah..Allah..Allah~
Itu bukan sikap da'ie yang sebenar..
Itu bukan sikap teman yang baik..
Jangan begitu..jangan dijadikan begitu..~
Da'ie itu adalah teman yang baik dan tidak akan sesekali melepaskan genggaman Temannya terlepas ke lembah Neraka!~
Tidak sesekali..malah mengajaknya memburu mardhatillah..
Sentiasa muhasabah..sentiasa mujahadah..Lillah..Subhanallah~
Kitalah Da'ie ..kitalah Bintang
Bukan dipentas,bukan di televisyen
Tetapi di hadapan TUHAN..
Sis~
Kita sama-sama mencari..kita sama-sama mendaki
Mengejar cinta Rabbul Izzati
Kelak mati nanti,kita diredhoi
Kelak pergi nanti,kita diterima Ilahi
Gantikan takut dengan rindu
Gantikan gentar dengan berani
Rindu untuk menjadi tetamu Rabbul Izzati
Rindu untuk melakar cinta dipintu syurgawi~
Koreksi diri,bermuhasabah kembali
mengadu segala..pada Rabbul Jalil
Rintihan hati memohon keampunan bersama pengharapan yang tinggi
Menyakini Bahawa DIA sentiasa di sisi
Menemani..
Tatkala diri mencari erti..erti sebuah kematian sebuah alam pengabdian~
DIA yang Maha Perungkai persoalan
buat anda,akak,dia,mereka~
Teruskan hidup dengan mengingati mati!~
Allah..Allah..Allah


--Atin Jieha--
20022011
22:52p.m



☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH