Sebuah cerita..
Bukan dongeng Mainan teater
Tapi kisah mengegar dunia
Sejarah yang tidak akan dilupa
Panggungnya tunisia,Filemnya mesir
Kuasawan kita wajarlah menafsir
Nyahkanlah 'mereka' si pendokong Israel
Konon Gagah porak peranda sering berdalih
Lupakah mereka..?
Bahawa,
Suara Rakyat suara keramat
Saat HoSni Mubarak Hampir tersungkur cacat
Rebah jatuh bakal suatu saat
Jangan pandang lekeh kekuatan Ummat
Undurlah..undur HoSni Mubarak
Anda Rejim sang pengkhianat
Jangan tersilap percaturan dalam menilai kekuatan Rakyat
Revolusi Ummat pasti tersemat
Kami ada DIA,Kami Pasti Kuat!~
Mungkin..
Suatu ketika dahulu
Rakyat senyap mendakap kepalsuan
Menajisi benih-benih kebenaran
Menutup telinga kepada yang bukan omongan
Namun..
Keyakinan,kebangkitan,keberanian terus menyala
Rakyat bangun dari lena dan leka
Kesatuan itu menyatu jiwa
Kekuatan rakyat itu luar biasa~
2 ulasan:
tekesan baca puisi ini.. teruskan yer.. kita doakan yg terbaik utk negara jiran kita yg tgk bergolak ini.
apabila seseorang itu sudah cukup ilmunya maka dia akan menulis pula-HAMKA
sis puisi anda mampu mengegar dunia =)
p/s-sowi lmbt comment x tahu nak ckp ap mmg terbaik anda :P
Catat Ulasan