Tak payah la nak aktif sangat dengan politik, awak tu belajar lagi nanti kene tarik pinjaman atau biasiswa, kan susah nanti..
habis tu.. bila????
yer ke?? nanti bila dah kerja.. tak payah la giat sangat .. nanti kene buang kerja.. tak pun, nanti kena hantar jauh2..
Bila dah ade anak nanti.. mesti cakap tak payah la.. nanti biasiswa anak kena tarik.. nak masuk universiti mana-mana pun payah... erm.. dah pencen ..dah tua...??? alasan nanti... mana larat nak gerak dah.. nak siram pokok pun tak larat..
Ni lah orang yang hidup .. tapi sebenarnya baik tak payah hidup..( boleh ke kata begitu? :) )
(Termenung dan terus termenung....)
Alasan lagi... manusia memang suka cipta alasan.. bila dah sekali cipta alasan, alasan jadi sebati dengan diri, Kalau tak buat alasan diri jadi lemah agaknya.. macam tak makan nasi sehari... Ulama' berhari-hari tak makan ok je..
Mari sama-sama fikir.. untuk apa kita hidup?? dari kecil.. dewasa. kahwin.. ada anak.. ada cucu... lepas tu MATI... mana tanggungjawab kita sebagai manusia..??? Bekalan apa yang nak dibawa untuk menghadap ILAHI???
Yup... tapi tanggungjawab sebagai khalifah??? macam mana?? selesai ke?
Jangan sampai terlewat... fikir apa sumbangan kita terhadap ISLAM.. selama kita hidup?? Apa yang dah kita buat untuk ISLAM.. bukan untuk diri kita.. ISLAm hari ini ditindas.. ada rasa sensitif tak?? ke tak nampak?? atau buat-buat tak nampak... Kita hidup mesti dalam jemaah.. bukan buat hal sendiri-sendiri je.. fikir pasal masa depan diri je. tapi tak pernah fikir pasal ISLAM...
INGAT NANTI KITA AKAN DI TANYA.. MASA TU JAWAB LA.. JANGAN NANTI TERKIAL-KIAL...
Dalam hidup mesti ada sumbangan untuk ISLAM.. kalau tak banyak pun, sikit.. kalau tak tenaga, sumbangkan sedikit harta.. Ade orang tanya kalau doa je tak boleh ke.. bukan tak boleh.. tapi, itu perkara yang semestinya kita buat...
Pernah tengok tak cerita LASKAR PELANGI?? Ustaz di dalam tu pesan,
HIDUPLAH UNTUK MEMBERI SEBANYAK-BANYAKNYA. BUKAN UNTUK MENERIMA SEBANYAK-BANYAKNYA.
Sangat mendalam maksudnya bagi orang yang mengerti..Kita tengok cerita, ambil lah pengajaran darinya dan sampaikan kepada masyarakat. Walaupun sekecil perkara pun. Ni pun kira sumbangan juga. Bukan tengok cerita, bila sedih.. menangis.Bila lucu ketawa. Habis tengok cerita, tiada apa-apa. Kalau ada pengajaran pun, pakai sorang-sorang.
Ingat, kalau kita lupa, tak kan dapat apa-apa. Tapi kalau kita sampaikan kat orang, orang akan guna.. kita akan dapat pahala selagi mana orang tu guna. Mudah bukankan??
-Muhasabah buat diri..dan berkongsi bersama yang mengerti dalam memahami-
Noktah~
0 ulasan:
Catat Ulasan