Aku menulis kerna aku perlu menulis
Biar saat itu Rembulan sembunyi
Dan detik itu aku terkial-kial
Gelap sunyi sepi mencengkam
Biar jua saat itu mentari kalah dengan hujan
Rintik dan rintihan membasahi perkarangan jiwa dan perasaan
Biar~..asalkan tangan ini tidak berhenti bertinta
Mendamaikan sekeping hati yang terkadang porak peranda
Abjad ini membuaikan rasa..
Perenggan-perenggan itu membawa pelbagai cerita
Tentang kisah dan sebuah rahsia
Antara fantasi dan realiti..semua itu membawa makna
Hanya yang mengerti pasti memahami..dan itulah fungsi hati~
Fahami..fikirkan..dan Renungi
-Kembali ke taman seni kiasan hati-
-Atin jieha-
23062011
bait jannah
0 ulasan:
Catat Ulasan