Hukum Alam..
Putarannya mengikut aturan Tuhan
Manakan tidak~:
Mentari sembunyi tatkala hadirnya bulan berganti
Siang jadi malam
Malam bertukar siang
Saat Daerah menjadi gersang,pasti rerintik hujan membasahi
Langit yang mendung,muncul warna warni pelangi
Bintang-bintang yang bertaburan kerlip gemerlap
Seakan-akan lakaran di kanvas angkasa yang terbentang
Terngiang kata-kata itu:-
Bergunung manapun harta, bukanlah kaya, jika miskin budi bahasa..
Segagah manapun diri, bukanlah pahlawan, jika nafsu tidak dapat dilawan..
Secantik manapun rupa, bukanlah ratu, jika buruk tingkah laku..
Setinggi manapun darjat, bukanlah mulia, jika tiada iman didada..
Melangit manapun ilmu, bukanlah bijaksana, jika tidak diamal dan diguna..
Sealim manapun diri, bukanlah ulama', jika takbur dan riak.
"Balik sebab nak walimah ke?"
"Ehh..kenapa tetiba balik? nak bertunang ke? kenduri?bila tu?"
"betul ke bukan balik sebab nak kahwin?"
*Tertunduk*Tertawa sebentar*
Itulah persoalan-persoalan yang menerjah padaku tidak henti-henti..sebelum dan seusai pulang ke malaysia~
Pulang secara mengejut..siapa tidak tertanya-tanya kan?~
*Tersenyum kembali tersengih*
Dalam Kotak Fikiran:
Aduhh~ macam mana lah boleh difikirkan persoalan sebegitu?apa-apa pun, nanti kan jelah walimah itu masa kedepan nanti..masih belum tiba seru ye ..^_^
Masih jauh lagi perjalanan,masih perlu mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan~
Bilakah masa itu, tidak mampu dilafazkan..kerna biar bergulir masa-masa yang mendatang,pasti DIA anugerahkan yang betul-betul pantas..
Ku pintal rindu-rindu yang tersulam~
Punya secarik gundah..secebis gulana.
sesungguhnya..dahulu~..Di persada itu ku sentiasa sarungkan 'Baju kalis rindu'.Masih ada jua yang memakai 'Baju' Yang sama dengan ku..walau terkadang 'carik','terkoyak'..ku jahit kembali agar 'baju' tersebut terus bersamaku..
dan kini ada 'mereka' yang masih memakai 'ia' walau akhirnya kini ku sudah menanggalkan 'baju kalis rindu' yang ku sarungkan selama 3 tahun berturut-turut.
3 tahun..bukan 3 saat.
3 tahun yang ku tempuh..Kini ku pulang ke laman perjuangan. Walau mungkin cuma 3 bulan..bukan lagi 3 tahun.Namun, kepulangan ini membawa hajat untuk memenuhi banyaknya keperluan.
Keperluan melangsaikan 'hutang-hutang' rindu..mencari 'nafas baru' dan peri pentingnya membawa secangkir kudrat seluruh jasad untuk memperjuangkan keperluan yang berhajat~
'Usrahti'..
Sepanjang perjalanan itu..usai pulang dari berniaga di ceramah Pas di kedah.
Ku putar kan lagu, turut menemani bonda yang sedang memandu kenderaan .
Sambil melihat ke luar jendela,mendongak ke langit malam..yang ada cuma sebutir bintang.mungkin bintang-bintang lain menyorok dari pandangan.Tapi langit malam itu tetap mendamaikan~
Kenapa tidak..~ sedangkan semua itu lukisan yang ALLAH pamerkan buat kita hamba BerTUHAN.
Kekotak minda terus rancak berputar:
Memainkan keligatan permainan kehidupan yang sering tercetus..~Dan aku masih mengingati bait-bait 'Zikra Rindu' Tersebut.
Memainkan keligatan permainan kehidupan yang sering tercetus..~Dan aku masih mengingati bait-bait 'Zikra Rindu' Tersebut.
Kerap menyentuh hati,Lantaran jiwa sering seampuh itu..Namun itulah zikra yang menobatkan hati..Resah,gelisah,gundah..ku dakap dengan tabah,pasti dengan senyuman indah.
Sungguh,~
Saat kita membuka nashkah hati yang penuh cela dan duka,
Allah menutupnya dengan penuh rahsia
Tika kita menyangka bahawa kitab hidup hanyalah tulisan-tulisan luka,Allah menterjemahkan dengan penuh hikmah dan penuh warna
Saat kita ingin mengalah dan tunduk pada malam yang gelap dan pahit
Saat malam tiada bulan,
Tiada madu,
Allah berikan sebuah rasa yang bernama CINTA.
Mengapa kita ketepikan DIA ketika meratap dalam Zikra Rindu,
Sedangkan langit malam semakin cerah menunggu fajar baru~
- [ Masih mengelamun jauh~ ] -
Hakikatnya,usai di malaysia,mutiara-mutiara jernih itu sudah tidak lagi mudah untuk gugur dan luluh..Biar jiwa cekal, kebal bersama baju 'Ketabahan'~ membawa segunung azam,untuk menggarap senyuman 'mereka' kembali seperti sedia asal.
Benar,sketsa hidup ini..Kita diberi waktu untuk merasa dan kita akan pulang untuk dinilai dengan penuh adil dan saksama. Kerna sejauh mana kita merasa duka yang menghiris, pasti ada lagi yang telah lebih merasainya.Mungkin dalam dan menikam ke dalam dada.Siapa tahu kan..~
Menusuk pedih mengatasi sendu
Sejauh mana laluan yang kita merasa hidup sunyi dan disakiti..~
Zikra Rindu..
Zikra Rindu..
Terkadang sebenarnya menangis itu perlu..~menangislah..
Pada ketika memeluk purnama
Memeluk senja
Dakapi bait-bait perjalanan susah payah itu
kerna ia membawa jalan yang bercahaya
Atau mungkin detik saat berduka
Mana di saat itu,
Tiada pernah mahu bandingkan dengan saat-saat yang membuatkan kita ketawa
Kerana bagi kita..~
Cinta-NYA telah menjadi penawar untuk segala rasa.
Yang Datang mahu pun yang pergi
Segalanya tiada beza.
Sekilas ku tatap wajah bonda~
Tenang wajah beliau...bagaimana bonda boleh setenang ini? Hanya bonda punya jawapan.
Bonda bilang, "mind set kan minda benda-benda positif,baru hati tenang"
ye,begitulah..~
Kaitlah dari 'baju ketabahan' itu dengan benang warna-warna pelangi,Yang dipintal dari kelabu awan
Yang tersulam dari bening perasaan
Saat hujan renyai-renyai..~
Ketika senja berbaki..ketika malam sudah bersedia untuk menangis..
Tancapkan dalam fikiran,korbankan keinginan,hajat yang tersimpan~ Utamakan keperluan..kebaikan untuk kehadapan.
Sungguh,Tiada istilah rehat~
tiada istilah masa lapang yang sia-sia lagi~
Yang ku mengerti,masa yang ada perlu dipenuhi dengan manfaat..jangan biar masa meninggalkan kita.kelak,di sana DIA akan bertanya..kemana bekalan kita buat-NYA~
Yang ku mengerti,masa yang ada perlu dipenuhi dengan manfaat..jangan biar masa meninggalkan kita.kelak,di sana DIA akan bertanya..kemana bekalan kita buat-NYA~
[ Sehembus bayu berbisik- Tuai Rasa ]
Aku menuai rasa
Hanya pada yang ESA
Namun adakah dia menuai rasa yang sama?
Atau fikirannya membahagi kedua rasa kepada dua persimpangan yang berbeza?
Benar...
Kita memijak bumi yang sama
Melihat bulan yang nyata
Mengintai bintang bertaburan yang berbilang tidak terkira
Tapi sering kali firasat tidak semua serupa
Entah engkau dengan rasanya
Dan aku dengan rasaku sentiasa~
Bagai burung pipit bersama helang
Engkau mampu terbang megah
Aku hanya separa pada kadar sepatutnya
Dan bagai engkau mentari yang menyinar
Tapi aku hanya embun di subuh hari
Persis titisan embun yang menempel di dedauan
Sesekali kelihatan umpama sebutir PERMATA tanpa kilau kemilaunya
Embun yang lebur sebelum fajar terbit
Embun yang menghilang tatkala engkau mampir bangkit
-Atinjieha-
26062011
Baiti jannati
Terima kasih kedua insan kesayangan saya ini atas coretan yang mengundang senyuman:
Dik husna ~..Baju 'Kalis Rindu' (Mr.Bayern kena jaga adik akk ni elok2 ye ^^ )
Alang Azma~..Catatan Senja
0 ulasan:
Catat Ulasan