←←♥ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ♥←←
Dengan Nama Allah, Aku membaja 'Bunga-bunga' disini..di ruangan ini ..
Seketika~ sedikit sketsa..
Capai..capai!
Hanya engkau mampu menerkam segala apa yang engkau inginkan
"Seringgit~.." sambil menghulurkan air tebu yang dipesan oleh si pelanggan,
Tidak lekang untuk menghadiahkan senyuman dan ucapan terima kasih kepada setiap pelanggan yang datang membeli.
Mungkin kita berlitup..namun, untuk lemparkan seulas senyuman..bagi saya,itu satu kewajipan
buat para penjual~
Apatah lagi kita sebagai hamba..Da'ie malah Mad'u~
Nampak atau tidak..ikhlas atau terpaksa, Niat~ hanya ALLAH yang Sebaik-baik Maha Mengadili setiap apa yang kita zahirkan.
Senyum itu satu sedekah..Tidak susah, malah sedekah yang paling mudah.
Maka, Teruskan tersenyum.~
Senyum itu juga rencah untuk mencapai kejayaan kan..Suatu resepi kejayaan untuk terus
menambat hati pelanggan.
Rutin-rutin harian dari pagi hingga petang..
Bekerja dan turun padang..
Andai teman-teman ku kini sedang 'berperang' dengan senjata pena dan ilmu yang ditambat,
dan di sini pula saya 'berperang' dengan senjata kuali dan belanga , tepung,pisang ,tebu,kek dan
seangkatannya~
Yang pasti, menyebarkan siasah yang terindah..Menyempurnakan sebahagian fardhu kifayah.
Tambah-tambah berperang dengan realiti masyarakat yang hakikatnya bermacam-macam
ragam..
Dakwah ..mad'u ada di mana-mana..~
Disitu dia perlukanmu..di sana dia datang ke arah kita..
walau dia hadiahkan kita 'racun'
Kita hulurkan sebalang madu~
Mungkin ~..
Hari-hari..boleh dibilang berapa kali saya menggelengkan kepala~ sambil tersenyum ..terkadang
mengerutkan dahi.Dan terus berfikir..membuat spekulasi dan mencari solusi.
”Dan kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya
sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi
kebanyakan manusia tiada Mengetahui”.
Surat Saba`| 28
'Apakah sebenarnya yang terbaik buat ummah?'
Persoalan yang menerjah..dan terus memenuhi kotak minda yang sememangnya sedang sarat .
Sungguh~
Tanah air kita adalah sebenar-benar lapangan dakwah yang wajib untuk kita terus
berkecimpung kearahnya..
Sebarkan benih-benih dakwah,dekati yang tersasar..terpedaya.
Bekerja untuk Rungkaikan permasalahan, bersiap siaga dengan senjata-senjata yang kita sedia
ada..
-Saya Memerhati dan tahu bahawa Diperhati-
Detik , hari dan musim
Sejarah menjadi saksi teramat duka
Api percakaran ,Ribut taufan perpecahan
Dan ghazwah-ghazwah aliran pelbagai pemikiran
Yang melanda kita umat akhir zaman
Lalu...?
Bagaimana kita menyahut keluhan langit dan rintihan bumi?
Maka..?
Tepuklah dada ..bertanyalah pada iman dan hati
Hanya kita yang punya jawapan dimiliki~
Kancah-kancah berduri buatkan otak ini terus ligat berfikir~
Sketsa yang setiap hari saya lihat, pandang dan terjah..semuanya punya pelbagai cerita yang
perlu dinoktahkan peristiwanya..
Yang berlaku di hadapan mata..
Terkadang tidak perlu buka mata
Pejam sahaja boleh rasa
Dengar saja kita boleh peka
Hidu saja kita boleh teka..Pentas dunia yang pelbagai pancaroba..
-Kesimpulannya:-
Kesal..
Dengan sesetengah media yang tidak henti-henti menjadi lidah Rasmi 'FITNAH'
Yang nista dikata baik belaka
Yang keji dikata suci tiada tara~
Hati mulai jadi kotor..
Bila hati kita kotor.…
Yang baik kita tak nampak..
Yang buruk kita utamakan
Kebenaran kita ketepikan..
Nafsu kita jadikan Tuhan
bagaimana nak kita bersihkan.
.bila nak dibersihkan?
setitik noda membawa bahana!
Berjuta-juta noda..membawa sengsara.
Speechless~...post ini bakal tergantung..
sekian
-Atinjieha-
13072011
00:14a.m
0 ulasan:
Catat Ulasan