Ahad, Julai 17, 2011

::Suara Hati::

Views

Ya Allah, aku mohon Redho (dalam hatiku)
sesudah keputusanMu, kesejukan hidup setelah kematian, kelazatan
memandang wajahMu dan kerinduan berjumpa denganMu.”

Suara itu
Suara hati
Yang hanya diteriakkan di sudut sendiri
Pasti..
Tiada siapa mendengari
Terdiam ia..~
Terpendam juga..
disini~
Pada dakapan sanubari

Suara hati..
Merindui..
Amal ibadah yang dilakukan ..sungguh-sungguh membawa erti
Tidak henti-henti
Mengejar Redho Ilahi
Janji Rabbi~...
Buat yang tega menundukkan sekeping hati insani
Buat-NYA tanpa rasa sangsi

Suara hati ini..
Meronta-ronta~
Bukan mahu memberontak kerna sengsara
Tetapi kerna..
Terkadang perlu melangkah untuk lebih mendekati
Terkadang perlu mengingati untuk engkau diingati
Terkadang juga perlu ingat untuk menyebut ia sendiri
Dan..
Suatu saat engkau harus berdiam diri..untuk mendengar dan memerhati~

Hati...
Berpada pada laluan lorong-lorong mencintai
Pada bukan sesuatu yang hakiki
Bukankah patut engkau lebihkan yang kekal dari yang fana?
Bukankah hati itu milik Si DIA?
Tepuklah dada tanya selera
Fikir-fikirkan..~renungkan bersama,
Iman di hati perlu ditambah
Agar ia tidak mudah goyah
Pada ujian yang sering meracun tebaran mehnah
Fitnah meluas..mencurah-curah
Pada detik tak mengira waktu ..'ia' tidak menyerah
Janji dapat mengapikan hati yang rapuh lelah
Kerna 'Taghut' itu lumrahnya tidak akan mengalah
Menghancurkan ummah
Membinasakan hati yang lemah

Ya Khaliq..~
Hati ini sering berbolak balik
Pada setiap permainan yang berpesta di dunia milikmu Ya Malik
Sayup-sayup kedengaran suara dari rongga hati ini menjerit
Pohon disucikan hati ini yang perit
Agar hati yang bersih ,
firasat yang benar
Damai juga diperoleh,
ketenangan jua dihamparkan
Dan bahasawanya segalanya di tangan TUHAN

Mengertilah~
Akrab dengan TUHAN ,
Mampu membersihkan hati yang kelam
'Wireless' Tanpa Sempadan
Paksinya kembali pada kebesaran-NYA
Allah tidak pernah mengecewakan
dalam mendengar rintih suara hati yang suram
Pujuklah hati dengan kalam-kalamullah yang tersusun indah
seperti yang dikongsikan
Tatkala, dirimu ingin melakukan sesuatu.. fikirkan~
adakah ia bertepatan dengan kalam Tuhan
Ataupun sabda Rasul junjungan..
Berhati-hatilah membuat pilihan
Kerana takut kita akan tersalah jalan..

Suara hati..
DIA mengerti
Pasrahkan segala pada Rabbul Izzati
Teriakkan ,kerna engkau punya Rabbi
Ciptalah hati untuk menjadi si 'MUKHLIS'
Yang tega menerima ujian sebegini
Kuatkan hati..
Tabahkan untuk meraih tiket Ahli untuk Syurga Firdausi!!~

-Atin Jieha-
17072011
02:40 a.m







☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH