Rabu, Julai 20, 2011

::Pesona Langit Biru::

Views





-Pesona Langit Biru-
::Tersenyumlah, andai mahu alam jua turut tersenyum::


"Yang ditulis akan disoal..
Yang terlakar pasti ditanggungjawabkan~
Aku berbicara ini..Allah mengetahuinya
Dan engkau yang membaca lakaran ini
Allah pun mengetahuinya
Aku berniat atas lakaran ini
Allah jua mengetahuinya
Dan andai engkau berprasangka atas lakaran ini
Allah pun mengetahuinya
Sungguh~ Allah tidak pernah istirehat dan tidak pernah tidur
Kerna itu DIA sentiasa mengetahui segala~"


Saat petang menjelma
Angin yang sepoi-sepoi bahasa
Rutin harian aku seusai pulang dari berniaga
Pasti mencakar dan membersih laman yang sedia ada
Lain petang lain suasana
Lain suasana lain bicaranya...

Langit biru..
Agak-agak sudah lama tidak ku bicarakan mengenai pesona langit biru
Dan saat itu membuatkan aku rindu
Bermetafora mengenai itu
Pasti langit biru jua hampa
Kerna aku tidak lagi mempedulikannya
Yang aku puja
Mendung yang bermaharajalela
Gerimis yang menghujani tanah hati gersang dan jiwa

Sambil Mencakar laman di luar rumah
Menghadap sawah padi yang semakin hijau rumpunnya
Kembali aku mendongak langit biru di dada angkasa
Burung-burung yang berterbangan
Melebarkan sayap bagai layang-layang
Awan yang berarak ceria
Umpama 'cotton candy' bak kata adik sofia alia sayang
Dan yang paling gah disana
Mentari yang menerangi seluruh alam yang dicipta oleh-NYA
Satu keajaiban..
Satu keindahan yang tiada tara
siapa lagi yang berkuasa ke atasnya kalau bukan DIA Yang Maha Perkasa
Yang Maha Satu, tiada dua mahupun tiga
DIA yang layak disembah
Beribadah buat-NYA tanpa sikit pun rasa gundah gulana

Aku hela nafas sekali
Menghembus pula berkali-kali
Dari terus memikirkan soal peribadi
Lebih baik aku memikirkan soal ummah yang dahagakan 'tangan-tangan' Da'ie


Hari-hari yang dilalui
Aku sering disajikan dengan realiti masyarakat yang pelbagai desas desus yang tidak pernah sunyi dengan kerenah
Yang disini begini
Yang disana begitu
Inilah hakikat tanah airku
Jenayah berleluasa
'mandran' di mana-mana
Umpat mengumpat antara manusia
Bukankah itu bermakna memakan daging sesama saudara
Dan sekali lagi aku melihat..
Wanita-wanita yang teraniaya
Yang lelaki juga turut binasa
Tidakkah mereka ketahui keadilan ALLAH itu saksama
Segala yang dilakukan bakal disoal nun diakhirat sana


Namun aku sendiri perlu menilai
Sejenak terpaku dengan segala-gala percaturan
Diri aku jua perlu difikirkan
Palit-palit dosa yang tidak pernah terbilang
Dan..
hendak apa lagi yang perlu dilakukan
Masih ditakuk lama atau berubah dengan membawa diri yang luar biasa
Takuk lama yang digenangi keruh dan keladak air dosa
Titik-titik inilah yang menghalang jiwa untuk dekat dengan DIA Yang Maha Mencipta
Kemana hendak ku bawa hati yang penuh dengan titik noda
SELAIN..
dari menghadap Yang Esa
Menyucikan hati yang kelam gelita~

Baru-baru ini ku diminta oleh teman-teman mama atau orang kampung untuk mengepalai bacaan yasin dan usrah mereka
Pertama kali aku di dalam lingkungan tersebut, membuatkan aku sedikit debar~
Apa pun alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar..
Tidak sia-sia apa yang diamalkan selama ini.~
Walau sedikit, masih dapat membantu sekalian mereka yang aku anggap seperti mak ku jua~
Bagaikan memintal tali-tali cinta
Di Taman yang dipayungi rahmat Yang Esa
Setiap butiran kalam yang menjelma
zikra rindu dipupuk buat-NYA

Benar ~ Saat kita hendak membantu sesiapa
Dan sering kita gundah tidak tahu bagaimana
Cukup sekadar niat kita untuk menolong.
Kerna jangan risau..
Dalam firman-NYA sering berbunyi
Bahawa Allah akan bantu untuk sama-sama untuk mencari jalan penyelesaian dengan jalan yang kita tidak sangka-sangka kan
Benar jua hukum alam berkata :
"Fikir Apa yang kita boleh beri,Bukan apa yang kita dapat"
Memberi tanpa mengharap balasan..
Berganda-ganda pahala yang bakal kita Raih..~
Mahu atau tidak, Segalanya Di tangan kita.

Tengiang juga kata-kata seorang sahabat:
Terbanglah lebih tinggi
Dikau mampu mencapai bintang yang paling terang
Jangan menoleh ke belakang lagi
Kerana di hadapan mu itu Cahaya
Sabar ikhlas..Redho~
Kata-katanya ibarat salju yang turun di tanah tandus
Doa ku semoga ALLAH memudahkan segala urusannya untuk mengejar cita
Hatiku bermonolog lagi..
Aku mendongak langit seketika
Dan tersenyum..
Alhamdulillah~


Benar kata sahabat..Tidak perlu lagi memburu kegelapan itu.
Masih ada lagi sisa-sisa serpihan cahaya untuk kita.
Cuma tinggal kita untuk meraih sentuhan cahaya di hati ini ..
Ku kesat keringat yang membasahi..
Pesona langit biru dan cuaca hari ini teramat baik buatku.
Aku mendongak ke arah langit lagi~
melihat si mentari bersama ufuk senja yang menghiasi.
Senja di Jelapang padi..Sangat indah bukan.. bagi yang turut menyaksikan..
Pemandangan yang tidak akan aku persia-siakan..Tanpa Alam, Bagaimana harus aku pelajari Hidup Cinta BerTuhan. Dari 'Mereka', Aku pelajari segalanya..
Tanpa alam, Mana mungkin ilmuan-ilmuan mampu menghasilkan karya-karya yang luar biasa,
Seperti 'Sir Isaac Newton Si penemu Gravitasi Yang dimana beliau mengamati dan mengkaji bagaimana epal jatuhnya hanya ke bawah..bukan naik ke atas..~Kerna alam semesta merupakan sebuah buku ilmu pengetahuan untuk semua insan merungkai misteri dan abstraknya 'Mereka'.


Ralit-ralit merenung~
Tidak menyedari senja sudah lama berlabuh
Maghrib telah berkumandang
Langit biru berganti malam
Malam mengambil peranan
Pesona langit biru tidak akan ku lupakan lagi
Ia mengajar aku mengenali apa itu CINTA sebenarnya
Cinta pada kebesaran-NYA
Cinta yang tiada tolak bandingnya
CINTA yang membawa ke syurga kalau itu yang diizinkan oleh-NYA~

-Atin Jieha-
Baiti Jannati ( Harmony )
23:08p.m
21/07/2011
-
-Life isn't about waiting for the storm to pass, it's about learning to dance in the rain-






☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

1 ulasan:

Khair-Jiha berkata...

(^_^)

+ sy suka langit biru..
+ sy suka langit malam yang dipenuhi bintang2..

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH