Jumaat, Disember 23, 2011

:: Itu Cerita KITA ::

Views




Aku lukiskan sebuah lakaran
Khasnya Untuk Kita, dikongsikan juga bersama Mereka.

Namun engkau, menulis garisan pesona di atas langit biru.
Bukan untuk tatapan aku sahaja, Malah ditebarkan ke serata dunia.

Bersama ikrar kita:

[ " Dengan Tawamu, Ku lepas ke dunia CITA mu
Dengan Tangismu, Ku sambut Dalam Bahu ku "]


Disitu..
Berbumbungkan cakerawala milik Rabbku Rabbmu..
Berlantaikan sang bumi yang sentiasa tunduk patuh pada titah perintah TUHANku
Ku gubah satu persatu madah bicara
Luahan...~
Yang Bukan terlontar dari bibir mungil ku yang terkadang surut dengan senyum siput ku..
Tetapi daripada Jiwa yang berlagu nada " Oh temanku~ "

Itu kisah kita
Ceritera Kita juga ..walau sedikit berbeza, Wadah kita tetap sama
Impian kita~
Telah terpahat rapi di rangka langit nun di sana
Bersama segenap nota-nota peristiwa
Juga canda tawa dan pertengkaran yang sentiasa menghiasi perjalanan kita


Ya~
Mistik Cinta itu milik kita..Dulu Kini dan bakal selamanya.
Itu yang ingin ku ukirkan di garisan kisah kasih kita.
Cerita kita bukan sekadar duka nestapa,
Malah kebahagian yang sering kali diselitkan sebuah sketsa rindu yang tiada tara.
Ini kisah Kita, jua sebuah pentas cerita.
Bagaimana mahu aku melepaskannya..?
Melepaskanmu..?
Ahh!~ Laksana aku mencabut cengkaman kuat akar sebatang pohon kecil dari tanah.
Namun,
Perpisahan itu bakal jua muncul walau bagai mimpi ngeri yang menganggu gugat tidur ku yang indah sebelumnya..
Walhal itulah hukum alam yang pasti kunjung jua,
Bertemu dalam menyemai kasih..Berpisah pula menguntum rimbunan rindu dalam dada.
Biarlah~
Biar semesta menjadi saksi..
Lakaran sahrawi tempat bersaksi
Berbumbungkan angkasa ILAHI, KITA patrikan janji
Berlantaikan rerumpunan sang bumi , kita ukirkan memori
KITA tetap SATU, Walau yang hadir beribu yang mengelilingiku
Disitu adanya KAMU, Adanya MEREKA, adanya semua buatku..


[ Atin Jieha ]

24122011
00:20 a.m
Tidak bertemu penyudah lagi..
Bernoktahnya esok ~ :)


Nota SKH:

21/12/2011-

Usai majlis Konvo sahabat setiaku siti fatimah rafik, dan kakak2 yang sentiasa disisi sebelum ini.
venue: Dewan Masrah ,perkarangan Syu'un Tholabah.


22/12/2011-

Sanah helwah Juga Siti Fatimah Rafik merangkap Roomate yang tidak pernah sunyi dari sisiku.

Hari itu kita sama-sama ukirkan sejarah yang terindah bersama 'Imtiyaz Crew' yang sering
tidak kering gusi bercoletah dan bertelatah mengenai hidup yang tidak jemu punya segala
sesuatu~

Tidak dilupakan ukhti Bazilah dan adik husna Roslan. Serta 3 'bODYguard' yang turut
menjayakan program kami.Terima Kasih Kalian!

" Tidak perlu ke tempat yang jauh, harga dan infrastruktur yang mahal untuk cipta satu
kenangan ..Cukuplah di suatu tanah yang lapang, berbumbungkan langit yang
terbentang..bersama kita teguh berdiri melihat pesona garisan senja yang bakal berlabuh saat
ketika malam..Keindahannya menerbitkan rasa padu untuk berkasih sayang"


Venue: Jabal Iraq, Mu'tah Karak JORDAN.



23/12/2011


"Muslimah, SAYAP KIRI.Menyokong,Mendokong, atau mengongkong? "

Terima kasih atas perkongsian analogi2 yang hebat untuk menyuntik kembali sayap kiri yang
hampir patah.

Tepuk dada, Tanya HATI.

Sudahkah kita menjadi anak yang soleh,solehah

Teman yang sentiasa menuai kasih dan dakwah.

Hamba yang Bertakwa..

Mukminah,Muslehah...~

Ahh..Masih perlu berubah dan bermuhasabah untuk lebih menjadi Munasabah.


24/12/2011

* Kenduri kahwin My dear Akhi.

Selamat juga diijab kabulkan..Moga berkekalan hingga ke Syurga.

Walau jasad jauh disini, Doa adik sentiasa Menemani.


* Mu'tah Charity Dinner ( MCD )

"Suatu Saat, ada yang perlu kita kongsikan. "

Ketukan demi Ketukan..~

Allah...Jadikan Kami SATU. Ameen



[ Segenap Ruang Dicatat,Kerna Cerita Ini Cerita KITA ]
Biar sejarah tetap ada,
Tidak akan dilupa walau dimamah Usia.

Ya!~ Ini Kisah KAMI.



☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH