Saat dilanda keliru
Kemelut keadaan menjadi terburu-buru
Langsung menjadi atmosfera beku
Ditambah pula dengan turunnya Salju
Gugurnya salju
Bagai masih malu-malu
Mahu Tidak Mahu
Hadir di perkarangan rindu..
Aku masih teringat sebuah karangan Puisi Ini
Yang tintanya tajam menusuk hati
Ada nada syahdu disitu
Namun kekuatan tetap menjengah untaian sayu
Ia cerita seorang Gadis Yang bernama Muslimah
Biar kecewa bersadur musibah
Jiwa cekal penuh Tabah
Izinkanlah, dia menuai resah...
Tuhan, saat dititip khabar itu,
Air mata ini tak mahu berhenti,
benarkah hamba yang banyak dosa ini Kau makbulkan doanya.
Dia gusar ketika itu,
Ujiankah atau sememangnya titipan dari Mu?
Tika berlalu, saat yang dilalui,
Acapkali datang di fikiran,
Benarkah doa itu,
Atau semata lembah imtihan?
Hari ini,
Nyatalah, ianya cuma ikhtibar,
Meniti hari dan hati hamba itu,
Manakan tahu,
Tawakal yang ada, disandar setakat mana.
Allah, DIA tetap yang punya kuasa,
Berdoalah selagi mana terdaya.
Yakinlah usah putus..
Kerna DIA tetap akan menitipkan cahaya
Walau sudah hitam dan kelabunya rasa.Tiga Jiwa satu sketsa,
Kisah antara rasa,
Mendamba yang setia
Namun masih belum dimakbul doa.
Cukuplah,Kasih Fillah ini penebus,
Biar ia saja ku bawa bekal meniti hari.
- Itu kisah nya -
Dan aku mahu titipkan pelangi buatnya.
Persis pelangi~
Perlu hujan dan mentari
biar hasilnya berwarna warni
ketika saat itu dia derita
Ketika yang lainnya sedang berbahagia..
Ya~
Atmosfera Beku
Disaluti lirih pedih perih
Yang tersisa hanyalah sengsara
Hanya deretan huruf tanpa makna
Maka,
Kaburkan tasik ingatan itu
Kerna ia pasti melukakan lagi
Pada gubuk-gubuk kecewa yang membelenggu
pasti akan ada sinar mentari yang menerangi
Antara Kabus dan kekabutan
Biarkanlah semalam tanpa kata-kata
Kerna pasti hadir kalam dari-NYA
Moga kukuh tapak dibina.
Berjiwa besar Ukhtiku..
Walau masih diulit atmosfera Beku~
Laluan kita masih akan ada lagi terjal onak yang berliku
Saat itu akan ku tetap genggam tanganmu..
- Atin Jieha -
23012012
9.35 a.m
[ Aku Manusia Biasa ]
"Bermelankolik di pagi hari...Sekadar menajamkan minda dan hati.Atmosfera beku terkadang menusup membawa duriItulah sketsa asam garam kehidupan Rata-rata insani."
0 ulasan:
Catat Ulasan