Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Yang mengurniakan secebis ilham..Membantu ku menukilkan 'damai' diruangan yang tersayang.
Tenang~
Suatu rasa. Yang terindah buat setiap manusia.
Bahagia~
Untuk mengecapinya perlu melalui pahit derita, InshaALLAH pasti akhirnya manis tiada lagi sengsara.
Pasti ada segelintir yang tertanya-tanya apa maksud sebaris tajuk yang ku ukirkan di paparan atas sana.
Tersenyum~*
Segaris senyuman siput terpamer yang pasti..
Yang memahami, pasti akan tahu apa yang tertulis.
Ya~
Kiasan itu lebih indah kan.
Lebih menjaga adab dan hati.
Benda yang bukan hak milik kita, Itu satu kesalahan. Apatah lagi andai bukan dengan keizinan tanpa kebenaran.
'PENCURI' yang ku coretkan di sini , Bukan pencuri biasa-biasa..Tapi yang luar biasa.
Mencuri,
Benda yang bukan hak milik kita, Itu satu kesalahan. Apatah lagi andai bukan dengan keizinan tanpa kebenaran.
Mencuri,
Mahu bolehnya dikerat jari dan tangan..:) Dah siapa suruh buat kerja yang tidak menepati hukum islam. Mahu,perlu berusaha..Hendak, gunakan jalan yang punya haknya.
Itu dari segi mencuri 'harta benda' yang bukan milik kita.
Tapi~
'PENCURI' yang ku coretkan di sini , Bukan pencuri biasa-biasa..Tapi yang luar biasa.
Yang hadirnya diizinkan untuk bersinggah dengan halalnya.
Yang dititipkan TUHAN untuk melengkapi antara keduanya.
Yang menjadi Imam buat makmumnya
Yang menjadi suri dalam hidupnya..~
Itu hanya secebis, Masih ada yang lebih.. Berlandaskan syariat yang pasti.
Saat pintu yang terkunci selama ini, Terbuka~
Maka, mungkin itu petanda 'seru' ALLAH telah tiba..
Iye, Jodoh itu milik DIA. Yang mengatur dan menetapkan untuk siapa yang bakal menjadi yang
teristimewa untuk bersama melayar bahtera ke PULAU REDHO. Kerna Manusia itu diciptakan
untuk saling berkasihan demi mendapat redho TUHAN. Seiring dan sejalan menempuh hidup
yang lebih bermakna dalam membina rumah tangga yang bahagia.
Rata-rata teman ku sudah 'dicuri', begitu jua abang kandung ku sendiri. Oleh si 'pencuri hati'
yang mendapat permit dari ILAHI. Untuk mengambil 'insan' yang mahu dimiliki.
Tumpang bahagia~
Turut rasa suka..
Inilah syurga cinta yang sebenar, melalui jalan halal yang terbina.
Iye~Andai sejarah silam itu dulu kelamMungkin kedepan , Sang langit menitipkan panorama yang terindah milikmu suatu hari nanti.Bakal ada yang menyapa, membalas salam hangatmuSeperti matahari yang bangun dari kelambunya.Mungkin itu maksudmu maksudku dari tiap senyum dan alunan doaYang samarnya ditangkap dari indera jiwaSungguh~Akan ada insan yang menuai senyum dan Fatehah untuk dihadiahkan buatmuLebih indah dari berjuta gubahan kata-kata yang dusta
"Sudah dimiliki oleh pencuri..?"
Secangkir kata jawapannya~
Benar..
Dinding-dinding yang melukiskan mimpi..
Bakal Hangat menyambut kedatangannya...~
Disudut relung hati ini ada sinar walau hanya setitik cahaya..
Didepan sana,jalan ini bakal lebih terang
Mungkin tidak goyah, walau angin menghempas badai..
Hanya yang tahu , akan mengiyakan.
Seusai menulis ini, Mungkin akan ditanya..
Ohh~ Apakah betul apa yang dibaca?
Biar ia antara TUHAN, Suatu saat akan dikhabarkan.
Terima Kasih Oh Tuhan!~
Kerna menyakinkan aku ,dan detak jantung ini ENGKAU memilihkan yang terbaik buatku
Begitu juga dengan setitik cita yang melekat di hati ini..
Semoga usaha ini tiada sia-sia!!~
-AtinJieha-
[ Kerna TUHAN, Ia Bersatu ]
04012012
20:52P.m
-"Pencuri" ITU Anugerah Daripada Rabbku Rabbmu..-
Tiada siapa tahu, begitu juga aku..
2 ulasan:
mendalam kot~~~ (^^,
-Khair jiha-
Mungkin kot dear~ rasa2 apa mksud nya? ^_^
Catat Ulasan