Selasa, Julai 17, 2012

Cerpen ::Engkau, Najihah ::

Views
"Sejak Bila ya kita boleh rapat?" 
Soal Najihah .
Sufi Terkebil-kebil. Dia mengaru-garu kepala yang tidak gatal.
"Bila? " Sufi menyoal balik. Dia pula yang kembali menembak soalan tersebut pada Najihah. 

Tawa Meletus. 
Keduanya tertawa. Kelakar dengan lagak masing-masing. Faham dah kerenah masing-masing walau serasanya baru setahun berteman. 
Menoktahkan soalan dengan bila, entah bila. 
Sufi pun mencelah, " Biarlah bila-bila pun, janji ukhuwah kita sampai nun ke syurga. "
Najihah Menggengam Erat tangan sahabatnya sufi. 
Hatinya mengiyakan. 
Tersenyum semanisnya dan melentokkan kepala di atas bahu sahabatnya.
Terasa disayangi.

--------------------------------------------------------------

Campakkan mimpi pada bintang
Biar di sana ia bersinar
Walau sesekali disembunyikan awan
Tapi nyata ia tetap kekal


Rindu semakin memercik..Walau baru sahaja berpisah dengan sufi. Tetapi terasa seakan lama ditinggalkan. Baliknya membawa agenda perjuangan dan itulah petanda yang perpisahan ini kemungkinan sukar sekali untuk bertemu di masa hadapan. Baliknya  pulang dan tidak akan datang. ya, sufi sudah 4 tahun merantau ke timur tengah, belajar dan akhirnya dipertemukan sufi selama setahun. Walau najihah datang sedikit lambat darinya, usia mereka adalah sama. Mungkin sebab persamaan tersebut menyebabkan mereka mudah untuk menyemai cinta. Persahabatan yang dibina atas dasar kasih mesra kerna Rabb-Nya. Itu yang lebih berharga.

Hatinya seakan tersiat, kepada siapa lagi dia mahu meluah sesak? Sepucuk surat digenggaman tangannya. Nota terakhir dari Sufi untuknya. 
Perlahan-lahan dia membuka, merenung isi yang termaktub di dalamnya. Matanya dibanjiri mutiara-mutiara jernih. 
Sahabat yang dia sayang. 
Kini Hilang dari pandangan.

Assalamualaikum Najihah sahabat ku tersayang,

Jiha… (sedihkan saat ini)
“Dua org pemuda yang akan mendapat lindungan di Mashyar nanti adalah mereka yang berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah.”


Maaf, sufi tulis dalam keadaan yang sangat pack waktu ni. Tidak sempat nak tulis surat buat jiha dalam keadaan sempurna & tenang. First sekali sufi nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada jiha. Untuk segala-galanya dari mula kita kenal sampailah ke harini. Dan terima kasih yang teramat sangat atas ukhuwah yang terjalin ni. Terima kasih sudi berkawan dengan sufi, dengar luahan sufi, jadi pendengar terbaik sufi, bagi tasji', nasihat dan banyak sangat jiha ajar kepada sufi, terutama tentang sebuah kehidupan. Thanks dear !

Sampul yang sufi bagi itu, Sufi tak tahu nak tolong jiha bagaimana. Setakat tu je sufi mampu tolong. Itu dari sufi.. Dah lama sufi nak bagi. Sejak awal bulan lepas lagi. Tapi selalu tiada kesempatan kita nak berjumpa kan. Sufi minta tolong jiha selesaikan apa yang patut. segala urusan yang tertunda dan yang masih tidak selesai. Sufi tahu memang tidak cukup, tapi itu sahaja ada yang sufi boleh bantu.

Jiha, doakan sufi juga murah rezeki, supaya sufi boleh bantu jiha dan tolong adik beradik lain.  Sebuah persahabatan tidak mampu nak bayar dengan apa sekalipun biarpun segunung emas. sufi tidak beli ukhuwah kita dengan material. Tidak~ Sufi mahu membeli dengan kasih sayang kerana Allah. Satu je sufi pinta , moga ia kekal sampai syurga. Jiha janji ye !


Dan satu perkara jiha kena ingat, diri jiha adalah diri sufi, sakit jiha adalah sakit sufi, segalanya berkaitan dengan jiha, ada kaitan dengan sufi. Sebab sufi dah beri sebahagian diri sufi untuk Jiha. Najihah, Sufi harap jiha faham. sekiranya Sufi dah sayang kepada seseorang itu, memang sufi akan sayang dengan bersungguh-sungguh. Dan sufi tidak segan mengatakan, sufi dilamun cinta. Cinta kan jiha, Cinta kerana Nya ! sufi sayangkan jiha lebih dari diri sufi sendiri. Org lain mungkin tidak faham, kenapa perlu begini.. tapi Allah tahu kenapa.


Sufi sedih hendak tinggalkan jiha, bagai meninggalkn kekasih hati. Ya,memang pun jiha bagaikan kekasih hati sufi, buah hati sufi dalam melayari ukhuwah ini. Tapi, sejak kebelakangan ini sufi terasa bagai mentari yang gagah. Menerima sahaja apa yg bakal berlaku. Dan redha atas apa yang Allah aturkan. Kerna apa..? sebab sufi tahu, ukhuwah ini tiada penghujung sampai kita dipertemukan kelak di Syurga nanti. Jadi, sufi tidak gusar seandainya jiha pergi jauh dari sufi, Penamatnya nanti kita akan bersama ke syurga. Seperti yang termaktub dalam hadis qudsi yang Allah sebut kan tadi..

Hidup ini tidak lama dah kan. Entah esok lusa kita pasti akan pergi. Tapi sufi selalu rasa yang sufi yang akan pergi DAHULU tinggalkan jiha. Tinggalkan semua. Rasa dalam hati itu sangat kuat. Tapi berangan nak  mati, amal pun tak cukup lagi kan ~. Jiha, saat sufi tiada nanti, pergi selamanya, Jiha ingat janji-janji kita ye. Sampai syurga, Ukhuwah sampai ke syurga. Itu sahaja yang sufi mahu. Hendak sampai syurga, maka amalan kita pun mesti ada rupa amalan ahli syurga kan ! insha Allah .. mudah-mudahan Allah pilih kita untuk kesana !


Akhir Sekali, pahatkan segala kenangan kita bersama. Simpan dalam hati. Simpan dalam-dalam. Saat teringtkan sufi, banyakkan ingatkan Allah. Moga-moga sampailah rindu jiha itu buat sufi.

Fi amanillah. Jaga diri baik-baik.

I’ll miss you. And you’re my hardest goodbye~



Sayu..

Warkah ini makin membuatnya rindu. saat ini dia ingin bercanda duka? 

" Ohh.. TUHAN itu ada . Jangan pernah lupa~"
 Menampar lembut pipinya, membisik pada hati. Kembali kepada fitrah,mengingatkan apa yang khilaf .
" Najihah, teruskan perjalanan yang terakhir untuk medan ini. " Berkobar-kobar untaian semangat diGahkan dalam hati. Kepada Allah, dia memohon untuk memelihara sahabatnya itu. Sufi yang 'Syahidah', moga kekuatannya menjadi penyeru tunggak untuknya melayar bahtera ke pulau 'imtiyaz'. 
Disimpan warkah berbau cinta itu kedalam kekotak yang menyimpan pelbagai nota-nota daripada sesiapa yang mengalurkan kalimat-kalimat jihad cinta. Biar terus merona rindu dan bermukim sehingga ke syurga. 

*
" 24 November 2011 ! Ingat sampai mati.." Lagak bagai seorang pengetua yang memberi arahan, sufi mencekak pinggang dan berdiri seinci di hadapan najihah. 

" Tarikh apa tu sufi? " Najihah bingung dan membetulkan duduk cermin matanya.

Cubitan Halus menyinggah.

" Ouchhh.. betullah jiha tak faham. Tarikh apa tu sufi? sufi nak walimah ke? " Tersengih bagai kerang busuk jiha membuat loyar buruk. 

ermm, ehh ..boleh jadi ke macam itu, sufi nak walimah ke?
Monolog jiha sendirian.Sendiri yang cipta, sendiri yang tertanya. 
" Tarikh kita mula bersahabatlah! " Sufi mencebik. Geram dengan  sifat najihah. 
"Oooo....oke2, jiha simpan dalam hati. " Jiha tertawa. Sufi pun turut sama. Alahai sahabatnya ini, nakal .
Bahagia~

Tersenyum, bibit-bibit canda sebelum sufi berangkat ke malaysia.

------------------------------

Jiwa kusut masai.

Menutup terus muka buku yang selalu menjadi tatapan hariannya. 

" Wedding's Invitation "

 Buatkan hati yang beku kembali menjadi suam. Lara lagi..
Rambut yang ikal mayang, dibiarkan mengerbang. Rasa tidak ketahuan menerjang fikirannya yang waras. malas berfikir dengan apa yang dibaca tadi, najihah menekup wajahnya ke arah bantal. Di pasang lagu sederas alam, seiring melayan jiwanya yang sedang kacau. 
Geram! 
" Sampai hati dia tak beritahu aku! " Gumam jiha. Hatinya tercalar, terbakar.

Adnin mengeleng-gelengkan kepala. Housemate najihah yang menggantikan kak bienda  di rumah jiha setelah pulang ke malaysia selepas kakak tersebut menamatkan ijazahnya. 

Perlahan-lahan dia menolak daun pintu bilik jiha. Mematikan lagu yang membingitkan itu.Terasa ringan langkahnya kali ini menuju ke arah sahabatnya. Di tepuk-tepuk belakang najihah. Sambil bibirnya tidak berhenti melafazkan zikir penghilang dukacita. 

Semakin diulang-ulang zikir tersebut,telinganya menangkap esakan tangis jiha di balik bantalnya.
"Musibah apakah yang menimpa? " 
monolog adnin sendirian. Dia tidak akan menyoal jiha tentang apa yang menimpa, sehingga jiha sendiri sudi untuk berkongsi bersamanya. Sekadar berada disisi, meniupkan doa-doa 'Kekuatan' , itu lebih memadai untuk sementara. Kemana tempat letaknya pergantungan yang lebih agung kalau bukan pada Allah kan. Dan Akhirnya , jiha terlelap sendiri. Adnin menyelimutkannya, lantas keluar mencari naqibahnya. Moga ada titik jawapan untuk membantu jiha walau dia tidak punya kudrat mahupun mengetahui apa yang sebenarnya terjadi kepada najihah, temannya itu. 

----------------------------------

" Puaslah hati Kau tipu aku selama ini? Kau kata kau balik sebab nak berdakwah. Nak selesaikan urusan dan agenda apatah lagi. sekarang ni tetiba aku dapat tahu kau nak kahwin? kau kata kau tak kan tinggalkan aku. Kau tak akan menduakan aku. kau kata kau sayangkan aku! " 

*Sent
Jiha menghantar mesej bertubi-tubi di inbox muka buka ( Facebook ) Sufi . 


Bagai syaitan yang merasuk. Entah kenapa dia terasa cemburu 'gila' bila tahu sufi akan berkahwin. Tidak mampu menerima kenyataan sahabat yang dia sayang itu akan 'dicuri' orang. 

"Salah ke dia sangat menyayangi sufi ? perlu ke sufi nak kahwin? Dia sendiri boleh menjaga sufi seumur hidup nanti. Janji sufi sentiasa hidup bersama dengannya. Dia mahukan sufi hanya untuknya. 

-------------------------------------------------------

" Jiha, apa khabar? "
Sapa kak lina sambil melontarkan senyuman yang sangat manis di 'Cafeteria' kampusnya dengan membawa bungkusan nasi berlauk dan dua tin jus buah-buahan. 
Tersentak jiha dari lamunan. Jauh pula menungnya. 
" Err..kha..khabar baik kak lina. " Tergagap-gagap jiha menjawab. Malu menebal menyerbu wajahnya. Mesti kak lina perhati lama dia termenung jauh. 
" Maaf akak, jiha tak perasan kak lina datang. " Jiha menunduk kepalanya sedikit tanda memohon maaf. 
" Ehh, tak apa lah jiha. kak lina pun minta maaf sebab ganggu jiha. Jauh menung tu..teringat buah hati ye jiha? Boleh tak kak lina tumpang duduk semeja dengan jiha ni? "
Jiha mengangguk tersipu malu.

"Jom makan, kak lina bawa lebih ni." Sambil menyuakan bungkusan nasi pada jiha,kak lina membaca doa makan. 
" Terima kasih akak, jiha dah kenyang sangat-sangat. Jiha pun dah makan. " Jiha menolak. 

Kak lina, setahu jiha..Selalu sahaja bertandang ke rumahnya bertemu dengan adnin. Tapi sepanjang ziarah kak lina, jarang dia ada peluang untuk bersapa dan berbual panjang dengan kak lina. Naqibah adnin tidak silap rasanya.  

" Kak lina tahu jiha tak makan lagi. Muka jiha pun dah 'describe' yang jiha tengah lapar . seposen je muka."  Usik kak lina . Jiha tergelak kecil. Pandai pula kak lina serkap jarang dan bergurau. 
Akhirnya ,mengangguk juga jiha untuk terima pelawaan kak lina.

"Ada cahaya sendu di matanya." bisik hati lina.

---------------------------------------
Saat mentari mulai menampakkan sinarnya, memberikan kehangatan di pagi hari. Burung-burung berkicau riang disepanjang pepohonan tin. Tidak lama kemudian, bagai disembunyikan awan, menteri menghilang. Mendung mulai muncul dan menghitam di langit biru.
Rerintikan hujan pula datang membasahi bumi sahrawi itu. 
Lina gelisah. Yang lain-lain juga terasa kelam kabut dibuatnya. 
Berjalan kaki ke kampus yang mengambil masa lebih dari setengah jam, gusar sekiranya busana mereka basah kuyup. 


Tapi ada sepasang mata yang bersinar.
"Hujan! " Sorak Jiha. Bertepuk tangan. Bagai anak kecil mendapat apa yang dihajati. Wajahnya menjelaskan betapa dia sangat meraikan hujan kurniaan Tuhan. 

Kak lina menggeleng-gelengkan kepalanya.
 Tertawa kecil. 
Bagaikan tidak mengerti sikap jiha sebenarnya. Terkadang najihah bagai manusia yang sangat pendiam, terkadang bagai kanak-kanak kecil yang girang..Namun terkadang pula persis manusia yang penuh rahsia dan dendam. Sorotan matanya dibalik cermin mata punya sesuatu.
"Macam pakai topeng pulak budak ni.." Cetus lina. Yang lain turut tertawa. Selepas peristiwa makan bersama di cafeteria hari itu, lina semakin rapat dengan jiha. Dan kerna itulah, lina terasa ingin mengetahui lebih tentang jiha. 

"Jiha!" Separuh jerit lina memanggil jiha yang sedang menari-nari di dalam hujan. 
" Ye kak lina! Kenapa? " sambil melambai-lambai tangan dan kemudian menadah hujan yang mencurah.
" Kenapa suka sangat hujan? " Lina membalas.
" Sebab sufi suka dan jiha pun suka! "  tiba-tiba najihah terdiam. Gumamnya lagi sendirian, 
"Sebab sufi sentiasa suka apa yang jiha suka...... " perlahan bagai berbisik jiha mengungkapnya. 

Lina melihat keruh di wajah jiha. Tidak seceria tadi. Dan dia segera meneruskan perjalanan ke kampus. Kali ini dengan berlari-lari kecil. 

----------------------------------------------------------------

"Adnin, lama mana adnin kenal jiha? " Soal kak lina seusai berhalaqah di taman kampus mereka. 

"Tak lah lama mana. Dalam beberapa bulan ni sejak adnin pindah ke rumah jiha.Tapi, adnin pun masih belum dapat mengenali jiha dengan sebenarnya. Lagipun jiha ni perahsia dan pendiam orangnya. Di rumah pun, sekadar berbasa basi, makan sekali , solat jemaah sekali. Lepas tu mesti dia terus masuk bilik dan menyendiri. "  Terang adnin.

"Kak lina teringin nak tahu pasal jiha. setakat yang kak lina kenal dia, kak lina tahu dia ada masalah. Cuma dia tidak pernah cuba meluah. Dia tak ada kawan rapat ke? " 
Sambil mengemas kertas silibus usrahnya, kak lina meneruskan pertanyaannya. 

"Ada dulu. kak lina kenal sufi? senior yang  pulang ke malaysia tu. Muda dari kak lina dan sebaya adnin juga. Dialah satu-satunya yang adnin tahu kawan yang sangat rapat dengan jiha."

Lina cuba mengingat kembali. Masakan tidak, di sini sahaja student malaysia terlalu ramai dan masih ada lagi yang belum dikenali. 

"Ermm.. Sufi Nadhira? " Lina cuba menembak. Sufi yang ini sahaja setakat ini yang dia kenal.

"Ya, sufi nadhira lah orangnya." Adnin mengiyakan. 
" Oooo.. sufi tu salah seorang naqibah usrah sebelum ini. kak lina kenal je dia. Mantap orangnya. "

Adnin senyap.
" Kenapa Ad? " Lina melihat adik usrahnya. 
" Sebenarnya adnin tahu je masalah jiha.. " suram terbit dari wajah adnin. 

" Ceritalah  Adnin. Moga kak lina dapat membantu jiha. "  Adnin mengangguk.

----------------------------------------------------

Hampir menitis air matanya. Tidak menyangka sebegitu hebat ujian yang telah menimpa jiha selama ini. Dari kecil hingga kini, betapa  dia telah menyembunyikan bebanan berat dalam hidupnya. Masakan tidak dia jadi begitu.. Rupanya kepahitan yang dia telan telah meracun dirinya. 

Jiha, Dahulunya pernah mengalami tekanan jiwa. Penyakit tersebut menyebabkan jiha tidak berminat terhadap banyak perkara dan sering menyisihkan diri dari teman sekelilingnya di sini. Jiha sering kali bercakap sendirian dan perlakuannya itu telah disedari oleh sufi satu-satunya sahabat yang sering mengambil berat tentang perihal jiha walau jiha tidak mempedulikannya.  Semuanya berpunca dari konflik keluarga yang tercetus dari kecil. Dibuang oleh keluarga, dipukul dan diherdik tanpa rasa belas kasihan. Dibiarkan keseorangan , mengutip sisa makanan dijalanan untuk hidup. Usia yang kecil, kezaliman itu dia rasai. Panas hujan, dia tetap jalan dan terus berjalan untuk mencari sirna. Mujur suatu hari itu, dia dipertemukan dengan sebuah keluarga yang mengutipnya dijalanan. Dan menghantarnya ke rumah anak yatim,kerna keputusan pelajarannya cemerlang semasa fatrahnya belajar, ada insan yang sudi membiayai kos pelajarannya dan seterusnya menghantar dia ke sini setelah tamat pengajian di sekolah menengah. Walau dia telah punyai orang-orang yang mengasihinya, namun kenangan silam yang dia tempuh tidak mampu dibuang jauh.Tetap menghantuinya sepanjang masa. Bayangkan dia telah dicabul oleh ayah kandungnya sendiri dan ibunya sering melepaskan tekanan dengan memukul jiha tidak henti-henti. Bagaimana sekelip mata kenangan kelam boleh melepaskannya pergi sebegitu sahaja?

---------------------------------

" Jiha! " Kak lina menerpa dan memeluknya. Jiha hairan. Kenapa dengan kak lina hari ini. 
"Akak.....~ " semakin lama tenggelam dalam pelukan kak lina, semakin rasa sayu menyayat hatinya. Sudah lama dia tidak merasa pelukan sebegini. Pelukan yang punya aroma kasih dan sayang sejak sufi pulang. 

" kenapa jiha tak pernah nak berkongsi dengan kak lina?! " sendu kak lina sambil menyoal jiha. 
" kongsi? kongsi apa kak lina? " Jiha terkebil-kebil. Tapi dia tahu, kak lina sudah tahu rahsia sengsaranya. Aiahhh..bukan ini yang dipinta. Dia tidak perlukan belas kasihan.

"Jiha, kak lina sayangkan jiha persis adik kak lina sendiri. Jangan simpan sorang-sorang. Nanti ia makin membarah. Apa erti ukhuwah yang disajikan buat kita andai bukan untuk melengkapi dan membantu antara satu sama lain? kak lina ada untuk jiha walau kak lina tidak dapat meleraikan bebanan jiha selama ini. " 

Semakin erat pelukan kak lina terhadapnya. Semakin bertakung  mutiara jernih miliknya.
" Akak.. kak lina buat macam ni... jiha teringatkan sufi. " 

Dan empangannya pecah, air mata berjuraian deras melangit. Lama dia menahan sesak.
" Semua orang yang jiha sayang, pasti akan tinggalkan jiha. Sufi dah tinggalkan jiha, dan jiha tak nak kak lina masuk dalam hidup jiha juga. Sebab jiha tak nak kak lina akan tinggalkan jiha seperti apa yang sufi buat kepada jiha. " 

Lina tersentuh, sampai macam itu sekali tanggapannya. 

" Kenapa jiha kata sufi tinggalkan jiha? " 
" Kak lina, saat jiha rasa kelam, tiada lagi cahaya mentari yang sudi menyinar dalam hidup jiha. Sufi datang dan tunjukkan jalan. Sufi sayangkan jiha , dan tiada orang lain yang sudi berkongsi sakit bebanan jiha ini. Semua orang rasa jiha ni macam tak betul. walhalnya, jiha perlukan tangan yang sudi menggapai dan membawa jiha menuju bintang. Itulah,hanya Sufi sahaja yang sudi membawa jiha menuju TUHAN. Sufi tarbiyah jiha dengan seikhlasnya. "

Senyap sebentar*
Dan Najihah kembali teresak-esak meneruskan apa yang terselindung di lubuk dalam hatinya.


"Tahu tak kenapa jiha suka sangat hujan? Sebab waktu jiha dibuang dari keluarga jiha dulu, jiha kanak-kanak kecil yang tidak tahu apa-apa. membawa diri ke mana hala. jiha haus, jiha lapar.. Tapi Allah baik, DIA turunkan hujan. Saat itu jiha tadah hujan dan minum. Waktu itu jiha berjanji, jiha akan hargai curahan air hujan yang turun kerana ia lah membantu  jiha untuk teruskan hidup. Sufi pun sama. Dia pun suka hujan. Bila hujan turun, dia pun sama-sama ajak jiha bermain hujan. Sufi temani jiha kemana-mana pun. Tapi sekarang, dia tinggalkan jiha ! Dia nak kahwin dan lupakan jiha. Jiha sakit.. Sakit semua nak tinggalkan jiha."

Terjelupuk jiha. Lututnya terasa lemah. Hilang kudrat dayanya mengimbau semua itu. 
Kak lina menyeka air mata yang mengalir deras di pipi najihah. Patutlah sayang sungguh jiha pada sufi. 
Semakin kagum lina pada sufi teman seangkatannya dahulu.
Lina kembali merasionalkan mindanya. Ada yang perlu diperbetuli saat ini. 

Dengan berhati-hati lina mempertuturkan firman Agung, melafazkan ayat 139 al-imran.. Tentang ujian dan musibah.

"Jiha, kak lina tahu kak lina tidak pernah merasa apa yang jiha rasa. Namun kak lina cuba meletakkan diri kak lina di tempat jiha. "

Jiha diam, kali ini dia membiarkan sahaja kak lina berbicara. Sungguh, kali ini dia rindukan untaian kalimah nasihat dan curahan kasih yang tulus setelah beberapa lama jiwanya kosong. 

" Jiha..Jiha bertuah. Allah hadirkan ujian tanda Allah sentiasa rindukan jiha. Dia mahukan jiha kembali dekat dengan-NYA. Sedangkan pada orang lain ,Allah jarang timpakan ujian pada mereka dan mereka terus hanyut dan lalai dengan dunia. Bila kita sudah ditimpa ujian, fitrah manusia akan kembali mencari TUHAN dan kak lina kagum dengan jiha. Jiha tidak sama sekali menyalahi ALLAH , malah tetap terus mencari sirna-sirna untuk dikecapi jiha meneruskan hidup yang dahulunya kelam. "

Lina menepuk lembut bahu jiha. Persis adiknya sendiri.. Dan dia rasa bertanggungjawab melindunginya. 

"Tidak salah bersedih dengan segala musibah yang melanda kita, tidak salah juga terasa menderita. Tapi, jangan bersedih secara keterlaluan. Apakah kita tidak menyakini bahawa ALLAH maha mengasihi dan mengetahui setiap inci yang terjadi pada kita? Jiha, malang bagi seorang hamba yang menolak hikmah musibah yang 'dihadiahkan' Rabbnya. Dia akan menderita dua kali. Pertama, menderita oleh musibah itu, dan pasti keduanya bakal terluput dan tercabutlah hikmah di sebalik musibah itu. Jadi, kak lina nak jiha sentiasa tersenyum. Jom cuba sama-sama melupakan kenangan silam dan memulakan hidup yang lebih sirna. Mudah-mudahan, dengan kesabaran jiha selama ini,  Jannah adalah tempat untuk jiha bersemayan."

"Kak lina....~ " Berjuraian lebat air mata jiha. Hatinya mengangguk, syahdu. Masih ada yang sayang.

"Terima kasih Ya Allah, Pertemukan mereka ini."
 Tetiba dia teringat sufi, terasa bersalah membuat begitu pada sahabatnya. Kata caci makian telah dilemparkan pada sufi. Namun balasan sufi pada mesejnya hanya sebaris ayat , ' Sufi sentiasa mencintai jiha kerna Allah '.  


" Kak lina, salah ke jiha merasakan begini pada sufi? jiha tak nak sufi kahwin sebab jiha takut sangat sufi tidak akan sayangkan jiha lagi. Jiha benci sesiapa yang mengambil sufi daripada jiha. Salah ke jiha ? " 
Jiha membulatkan matanya yang sepet sambil memandang wajah kak lina. Tangannya menguis nota miliknya bagai menandakan dia tidak betah duduk dengan situasi tersebut. 

Kak lina tersenyum. Biasalah, siapa yang sanggup kehilangan apa yang dia miliki. Tambah-tambah yang selalu ada depan mata dan menemani kita disisi. Aku pun apa kurangnya, barang yang hilang pun nangis-nangis. Inikan pula orang. 

" Jiha, menyayangi seseorang itu fitrah. Terutama menyayangi sahabatnya sendiri. Kerna salah satu bertambahnya halawatul iman adalah dengan kita mengasihi sahabat kita  lebih dari mengasihi diri kita sendiri, namun jangan terlalu keterlaluan menyayangi seseorang sehinggakan kita menyekat naluri fitrahnya sendiri. Ada batasnya..Jiha, tak gembira ke jiha melihat sufi bakal menyempurnakan sebahagian imannya dengan berkahwin dan menyempurnkan baitul muslim seterusnya melahirkan mujtama' muslim? tambah-tambah sufi mengahwini rijal yang soleh.Berkahwin pun salah satu dakwah tau.Dan terutama peranan sebagai seorang isteri. Peranannya besar dalam rumah tangga. kak lina percaya, sufi tetap menyayangi jiha seperti dahulu. Lepaskanlah sufi untuk dia meraih bahagia dan seterusnya menyemai benih-benih dakwah disekeliling dengan ditemani pemandu hidupnya. Kelak, mana tahu , jiha pula bakal merasa. Berkahwin dan punyai keluarga. "

Kak lina cuba menimbulkan rona-rona ceria. 
Moga jiha sedikit sembuh dengan penjelasan dan kembali kepada jalan sepatutnya. 
Jiha tetap senyap, kaku dan diam. Berfikir lagaknya. 

" Jiha masih ada kami. "
Kedengaran suara dari jauh. 
" Ehh... mereka! "

Adnin dan sahabat-sahabat yang lain datang menerpa Jiha. Masing-masing memeluk jiha. Jiha terharu.

" Maafkan kami jiha, tidak mengendahkan perihal jiha. Jauh dari sudut hati, kami teramat ingin mengenali dan mendampingi jiha. Berilah peluang kepada kami untuk menjadi seperti sufi buat jiha. "

Jiha menangis lagi. 
Kali ini menangis bukan kerna sedih , tetapi terharu dengan teman-teman yang rupanya masih ada yang ingin menyayangi dan mengasihinya. 


" Inikah yang dinamakah Ukhuwah , Ya Allah? ~ " Gumamnya sambil bersyukur. 


--------------------------------------------------------------

" Sufi sayang, maafkan jiha atas keterlampaun jiha buat sufi. Benar, Hidup ini ada batas. Dan baru jiha sedar selama ini . Terima kasih sufi kerna sudi menyayangi dan mencintai jiha sebagai sahabat sufi. Kini jiha redho.. dan akan terus mendoakan kebahagiaan sufi di sana. Walau sufi telah'dicuri', hakikatnya jiha tahu, sufi sentiasa subur di dalam hati jiha. Terima kasih kerna pernah menunjukkan sirna di balik kelam buat jiha. Dan percayalah, jiha juga akan terus mencintai sufi kerna ALLAH .. "

*sent
Kali ini dia sangat tenang. Disisinya ada adnin , kak lina dan teman-teman yang lain. 
Tersenyum antara satu sama lain. 

" Jom , Kita buat halaqah ! " kak lina mengajak. 
Keduanya mengangguk. 

" Baik! "

" Oh... Sebelum terlupa, kak lina nak beritahu sesuatu kat jiha. " Kak lina tersengih. 

" Apa dia kak lina? " apa lagilah yang hendak kak lina usikkan lagi . Jiha mengaru-garu kepalanya. Sambil menyarung tudung labuh dan memakai cermin mata yang ditanggalkan tadi. 

" Kak lina membawa hajat besar buat jiha. Nak lamar jiha sebagai adik ipar kak lina boleh? "
kak lina mencubit pipi jiha. 

Ternganga jiha mendengar. Adnin tersengih-sengih dan turut mengusik jiha.

"Sejak bila pula kak lina ada adik lelaki pula? " Wajahnya merona merah, malu. Bagai humaira' . kak lina saja nak sakat dia agaknya. 

"Serius! kak lina beritahu betul-betul ni. kak lina ada adik lelaki kat sini. Ahmad fansuri namanya. Dia pun kenal  jiha. Dan dia yang minta akak nyatakan pada jiha sebab dapat tahu yang kak lina rapat dengan jiha. "

" Kak lina!... " Jiha separuh menjerit. Hatinya mengiyakan sahaja. Itu bahagia, buat apa dilepaskannya. 

Ingin Aku Capai 
Ingin Aku Genggam.

" Allah, indahnya hikmah disebaliknya ~ "

----------------------------------------------------------------

Sufi tersenyum.
Alhamdulillah, doanya tidak sia-sia. Mohon Allah bukakan keterlapangan hati jiha. 
Dia bersyukur, walau terpaksa meninggalkan jiha, Allah menghantar lagi wasilah-wasilah untuk menemaninya. Benar, dia sangat mencintai sahabatnya itu. Kerna hakikatnya , kisah silam mereka bagai sama. Cuma sufi tidak pernah menyatakan dan menceritakan pada najihah. Cukuplah dia selami sakit sendiri dan membahagiakan najihah. 

"Engkau, Najihah.. Teruskanlah berbahagia! "



  

-Atin Jieha-
" Entah apalah yang dicoret ! >_< "





☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH