Sabtu, Januari 26, 2013

:: Mana ' Iman '?

Views


" Mana iman ?! "

Berteleku di bawah pancuran air.
Mutiara putih yang terurai bercantum dengan air yang mengalir.
Bibirnya tidak berhenti menguntum soal,
Kemanakah Iman..
Kemanakah imannya yang terasa kosong di dalam hatinya nan kelam.

Hatinya nanar.
Jasadnya lunar.
Bak cahaya fajar yang kian pudar, 
wajahnya parah dan keruh .

Dipejamkan mata,
Membayangkan seketika.
Cuba menyusun data dalam minda.


" TUHAN. "

Cambahan akalnya kembali bergerak kencang.
Bibirnya mengukir perit.

"Aku mahu mencari TUHAN."
Jasadnya bangun berdiri.
Dibasahkan anggota tubuhnya dengan wudhuk.
Terasa Segar, terasa sinar.
Berteleku di atas sejadah, menuai zikir..fikir.

"Ohh.. Imanku kukuh bila meletakkan-MU disisiku, di hati dalam setiap nadi dan nafasku. "

Gumamnya kembali senyum. :')


- Atin  Jieha- 
Pemilik  SKH 





☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

1 ulasan:

cimon berkata...

As salam, kenal.

Nice entry, keep it up. (^_^)

p/s: doa agar dilembutkan hati utk menerima Hidayah drpd Allah S.W.T. agar Syurga dlm Dada ini milik kita. (^_~)

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH