Aku termangu sebentar,
Hatiku walang.. dengan sketsa manusia-manusia .
Menjadi pendengar Setia, buatkan aku selalu terfikir.
Menyerahkan bahu untuk disandarkan buat yang terluka,kecewa dengan masalah yang pelbagai..
Buatkan aku selalu terhantuk. Jiwa tercuit.. tersentuh.
Dan, ku garap jadi iktibar.
--------------
Siapa yang tidak pernah terjatuh?
Semua pernah disapa musibah, ujian, mehnah dan kecelakaan.
Cuma yang membezakan cara masing-masing untuk hadapi.
Ada yang YAKIN pada TUHAN, bahawa musibah itu tanda ALLAH sayang.
Ada yang berputus asa, menjauhkan daripada TUHAN.
Bila ALLAH menuai sedikit 'kesakitan' untuk perjalanan hidupnya, mereka merasakan tidak disayang.
Lantas mengambil keputusan untuk menjadi 'MAYAT HIDUP' yang hanya tahu tidur makan, tidur dan makan. Merasakan hidup ini tiada lagi cahaya untuk gelap gelita yang telah menimpa mereka. Hidup pula ingin berseorangan, ingin menjauhkan diri daripada khayalak ramai.
Allah..
---
Entah kenapa,
Lancar bibirku semalam berbicara.
Soal itu ini pada sang peluah yang merasakan terbeban dengan 'kejadian' yang menimpanya. Bilangnya mahu menjadi 'Sang sunyi' yang menyembunyikan diri dari insan-insan yang hidup dimuka bumi. Bunyinya sudah persis berputus asa dari ILAHI.
Aku gusar.
Aku hairan.
Bahawasanya Kita tidak akan pernah sesekali walau sesaat,seminit, sejam dan berberapa waktu pun pernah sunyi.
Hidup ini tidak akan pernah keseorangan.
Sebab, Atas ..setiap segenap sudut dimana pun..Ada yang memerhati dan menemani.
Mungkin kita terlupa bahawa ALLAH telah kirimkan 'SANG SETIA' kanan kiri disisi yang bertugas mencatit segala amal setiap detik tanpa terlepas sesaat pun.
'MEREKA' selalu ada,
Jadi..masih terasa keseorangankah?
Sungguh,
Aku bimbang .
Ikut hati, Mati. Ikut rasa, pasti binasa.
Hakikatnya, aku pun pernah terJATUH.
Terjatuh bukan sekali.
Terlalu banyak hingga tidak terhitung dek jari.
Adakala aku mampu tuntun diri sendiri,
Adakala aku rebah kaku untuk berdiri,
Adakala aku merindukan tangan-tangan yang sudi untuk menarik untukku bersegera menemukan ILAHI,
Adakala..adakala dan adakala..
Semuanya selalu terjadi.
Hingga kini, masih dihujankan dengan Ujian yang terus melekat pada jasad dan hati.
Tapi,
Aku selalu berfikir. Kadang menyalahkan diri..
Kerna merasakan penyebab apa yang berlaku, atas DOSA-DOSA yang aku tenun selama ini.
Dosa yang tidak mampu aku beruskan membersihkan dengan dawai besi,
Dosa yang tidak mampu ku gunakan pemadam untuk kaburi kesalahan selama ini.
Aku tidak mampu...
Sudah termaktub dalam Kamus sejarah yang tidak mampu ku nyahkan kesan-kesan 'daki' yang melekat kejap.
Allah..
Terasa kerdil dan kotor .
Namun..Allah Maha Pengampun
:') Ya Allah..
Allah rindukan kita teman-teman.
Sungguh, DIA terlalu merindukan kita yang ikhlas jiwanya tatkala beribadah kepada-NYA, Redho dengan segala ketentuan, dan berlapang dada dalam setiap cabaran.
DIA , mahukan kita kembali mendakap cinta-NYA.
Nah~
Allah,
Terima kasih atas segala ujian yang pernah ENGKAU timpakan buatku. Kerna dengan cara itu, aku sedar..bahawasanya bila Hidup ditimpa hujan, curahnya melebat dan terkadang meribut.. kelak akhirnya terlahirnya sang pelangi yang melukis warna-warni yang indah melangit!
# Sedang proses meniti satu titian lagi untuk meneruskan hingga ke garisan penamat.
Ohh~ Rindu Ceritera Rona Lavender.

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadith Qudsi Allah berfirman: “Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)
Allah rindukan kita teman-teman.
Sungguh, DIA terlalu merindukan kita yang ikhlas jiwanya tatkala beribadah kepada-NYA, Redho dengan segala ketentuan, dan berlapang dada dalam setiap cabaran.
DIA , mahukan kita kembali mendakap cinta-NYA.
Masakan tidak, hakikatnya kita selalu 'CURANG' kepada-NYA.
Tidakkah kita tahu bahawa ALLAH itu cemburu ?
-----
Baru ini, aku berpeluang menyajikan kisah RASULULLAH kepada anak-anak didik kesayanganku.
Mengambil ibrah dari peristiwa sewaktu Baginda berkhalwat ( bersunyian ) di Gua Hira'. Saat menceritakan kisah tersebut, aku perasan.. mereka sang permata2 hati sangat tertumpu untuk mendengar kisah tersebut . Jauh beza dengan pelajaran yang lain, kurang fokusnya.
" Siapa sayang Rasulullah , angkat tangan ? "
Soalku pada seisi kelas.
Tiada siapa pun yang terlepas dari mengangkat tangan.
Ada yang menceritakan pengalaman mereka saat2 mendengar kisah Rasulullah.
" Cikgu..cikgu, saya dengar kisah Rasulullah sampai saya menangis. sedih sangat.."
" Cikgu..cikgu, ceritakalah kisah2 Nabi selalu buat kami "
" Cikgu..cikgu, cuba teka waktu sebelum Nabi wafat, nabi sebut apa? "
"Cikgu..cikgu...." dan pelbagai lagi..
Kadang-kadang telatah mereka memeningkan kepala, namun terkadang ada yang menyejukkan hati.
Peristiwa Gua Hira' banyak hikmahnya. Lantaran saat itu Nabi Muhammad S.A.W menerima wahyu Pertama .
Rasulullah mengasingkan diri dari masyarakat atas kemelut yang melanda gusarnya. Runsing memikirkan sekelilingnya menyembah patung yang tidak bernyawa, Jahiliah yang bermaharajalela..
Maka, pada malam yang hening.. Allah mengirimkan Malaikat Jibrail untuk menyampaikan wahyu buat sang Rasul itu.
" Iqra.."
"Iqra.."
" Iqra.."
Kali ketiga, akhirnya Nabi muhammad mampu menuturkan bait-bait Firman Tersebut.
Lantas, Bermulalah Era dakwah Rasulullah ke serata untuk menyebarkan dan mengenalkan agama islam buat umatnya.
Namun, tidak semua manusia yang menerima dakwahnya.
Ada yang mencemuh, ada yang menghina.
Ada yang mengherdik, melakukan segala kebusukan kepada Baginda.
Tetapi, Tidak pula Rasulullah melatah. Jatuh, tetap bangun. Jatuh lagi, Bangkit dengan Gagah berani. Baginda tetap manusia seperti kita, ada lelah perihnya. Jarang sekali baginda mengeluh atas ujian yang terlalu dahsyat itu, Tapi kita ...
Aihhh..~ Ujian ditimpa sekelumit , sudah 'ahh...ouchhh..urghhh~ '
Ambil langkah mahu bunuh diri, menangis tidak henti-henti, melakukan benda-benda yang dilarang syar'ie.

Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:
“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.”(H.R. Bukhari dan Muslim)
Mahu bagaimana lagi ? :')
Ketahuilah sayang ~
“Apabila kamu bersyukur pasti Aku (Tuhan) menambah nikmatmu dan apabila kamu kufur (mengingkari/tidak bersyukur) sesungguhnya balasanKU amatlah pedih.”
(Surah Ibrahim: 7)
Terima kasih atas segala ujian yang pernah ENGKAU timpakan buatku. Kerna dengan cara itu, aku sedar..bahawasanya bila Hidup ditimpa hujan, curahnya melebat dan terkadang meribut.. kelak akhirnya terlahirnya sang pelangi yang melukis warna-warni yang indah melangit!
# Sedang proses meniti satu titian lagi untuk meneruskan hingga ke garisan penamat.
Ohh~ Rindu Ceritera Rona Lavender.
- AtinJieha-
01:11 a.m
10022013
1 ulasan:
Teman pendengar, juga cuba menasihati teman sebanyak ilmu yg ada. (^_^)
Catat Ulasan