Perindu Tegar
Di celah-celah kesibukan yang padat,
Aku, dan selebihnya,
pada siang berdiam di teratak. Malam pula melayangkan sayap..
Tegar memercik kudrat, mencari secicip rezeki saat senja mulai berlabuh.
Menjemput bulan bintang menjadi peneman, khabaran tentang 'kebenaran' menjadi muzik rancak kehidupan.
Manusia,
Melabel aku 'wanita sunyi'.asyik berdiam diri.
Aku hanya berdiam, menjadi pemikir , menjadi pentafsir.
Terkadang, aku cuma tahu tersenyum, atau mengangguk seraya berkata, 'ya' ,'ya'.
Tapi,
Dalam situasi lain , mungkin aku bukan begini.
Dan waktu tertentu, aku begitu. :)
Aku harap mereka faham,
Andai bebulatan mereka adalah menjadi punca racun kehidupan, sebaiknya langkah aku berdiam.
Dari mengekor rasa merasa daging saudara sendirinya , memakan tanpa sedar realitinya.
Nah~
Kunci utama, berdiam dan melangsaikan kerja. Melunas segala amanah dipundak yang sedia ada.
Lagipun, genderang kepunyaanku bakal dipalu tidak lama saatnya. Untuk tinggal, perlu memastikan taman-taman yang disemai dibaja dan dijaga dengan sebaiknya.
Impak yang indah, kesan yang bakal mencalit momen yang tertancap mekar dalam jiwa.
Benar sekali,
Payah, amat payah. Satu detik nanti, musim-musim kenangan akan bakal berhembus di hati. saban hari.
Pedih, amat pedih diseksa mimpi yang terpaksa ditinggal pergi. Indahnya sukar dilupai. Manisnya payah diceritai.
Hari-hari pantas 'berlari',
Banyak detik Sarat dengan bahasa bisu.
Setiap detik, ada sahaja momen
dan manusia-manusia yang harus aku rindu.
Lantas dibasahkan nama mereka di sudut
hati ini.
Hari ini , mungkin momen itu yang aku rindu. Dan mungkin esok, ada momen lain
yang aku rindu.
Selalunya , tatkala aku rindu, jasad dan lidah aku akan kelu dan bisu. Kerna rasa itu terlalu berat dan indah untuk diterjemahkan dengan lisan. Atau mungkin jari jemari sahaja yang ligat menyapa rindu, membuai abjad-abjad menjadi puing-puing rindu.
Selalunya , tatkala aku rindu, jasad dan lidah aku akan kelu dan bisu. Kerna rasa itu terlalu berat dan indah untuk diterjemahkan dengan lisan. Atau mungkin jari jemari sahaja yang ligat menyapa rindu, membuai abjad-abjad menjadi puing-puing rindu.
Dalam kata lain, aku tulis saat ini, kerna rasa rindu yang
berat telah menyeru. Pada detik berbulatan agama dan bercanda. Tika berpelukan
ukht sama ukht, menyerap aura kekuatan ukhuwah dan semangat yang luar biasa,
memujuk rajuk yang terkadang muncul tidak sengaja, rangkaian-rangkaian yang
berbentuk lekuk hati dan mengusap bahu sesama kita untuk mengNyahkan segala
sedih dan tangis.
Aku , tetap menjadi perindu tegar .
Walau tidak selalu dilantunkan pada manusia yang dirindu.
Aku , tetap menjadi perindu tegar .
Walau tidak selalu dilantunkan pada manusia yang dirindu.
-----------------------------
Sedang giat menyemak kertas ujian, ada satu nota yang
buatkan aku terpana. Soal kasih yang mungkin berantai sampai ke syurga nanti,
Biiznillah.
Kalamnya buatkan aku tersentuh, kalamnya menyejukkan hati seorang murabbiyah.
“ Cikgu, jangan tinggalkan saya. Sebab tanpa cikgu..apa guna saya.. sebab, cikgulah 3 dalam Seribu. 1 emak, 2 ayah, dan 3 cikgu. Dan sebab SAYA SAYANG CIKGU.”
Kalamnya buatkan aku tersentuh, kalamnya menyejukkan hati seorang murabbiyah.
“ Cikgu, jangan tinggalkan saya. Sebab tanpa cikgu..apa guna saya.. sebab, cikgulah 3 dalam Seribu. 1 emak, 2 ayah, dan 3 cikgu. Dan sebab SAYA SAYANG CIKGU.”
Tubir aku terasa bagai Bah..
Sambil menggelengkan kepala, bibirku tergaris sekuntum senyum.
Alahai anak didikku~ suka sahaja dibuat cikgumu ini terharu.
Hati ku terasa walang.
Ingin sahaja dibalas kembali nota di kertas itu untuk mengatakan betapa cikgu kalian ini juga berat untuk meninggalkan kalian.
:’)
Sambil menggelengkan kepala, bibirku tergaris sekuntum senyum.
Alahai anak didikku~ suka sahaja dibuat cikgumu ini terharu.
Hati ku terasa walang.
Ingin sahaja dibalas kembali nota di kertas itu untuk mengatakan betapa cikgu kalian ini juga berat untuk meninggalkan kalian.
:’)
Nota hati kanak-kanak selalu jujur lebih daripada manusia
dewasa, mulut mereka sentiasa ikhlas berkata. Apatah lagi sekiranya kanvas
putih anak-anak kecil itu tidak ternoda dengan sebarang titik hitam .
Kerna itu, sayup-sayup hari..
sayu-sayu menghitung mahu ‘berlari’ lebih jauh dari sebelum ini, terasa semakin berat untuk bergerak mengikut paluan genderang yang kian berbunyi.
Kerna itu, sayup-sayup hari..
sayu-sayu menghitung mahu ‘berlari’ lebih jauh dari sebelum ini, terasa semakin berat untuk bergerak mengikut paluan genderang yang kian berbunyi.
Anak-anak itu, semakin ditenung wajah mereka satu
persatu,pasti meninggalkan kesan yang sukar dimengerti.
Semakin hari semakin sayang..
Semakin hari merindukan senyuman dan keletah nakal yang acap singgah dan gamat di cuping telinga ini.
Mereka, manusia kecil yang selalu jujur , jarang mendusta.
Itulah Permata-permata yang ditarbiyah dengan acuan ad-din, Moga membesar sepersis Sultan Al Fateh.
Semakin hari semakin sayang..
Semakin hari merindukan senyuman dan keletah nakal yang acap singgah dan gamat di cuping telinga ini.
Mereka, manusia kecil yang selalu jujur , jarang mendusta.
Itulah Permata-permata yang ditarbiyah dengan acuan ad-din, Moga membesar sepersis Sultan Al Fateh.
Benar,
Kalau ingin menguasai hati anak murid, Kena menguasai hati sendiri dahulu.
Kalau ingin menguasai hati anak murid, Kena menguasai hati sendiri dahulu.
Allah.. ~
Kerap sahaja aku jadi perindu sebelum tiba untuk merindu.
-----------------------
Ini Jasad kerdil ku satu lagi,
Satu diatas sana, satu lagi yang ini.
------------------------
" Alangkah adilnya pada fitrah diri,
andai semua yang hadir dalam diri mampu aku kendalikan semurni mungkin.
Keadilan yang memberikan keindahan dan ketenangan yang sesempurna mungkin .
Menimbang dengan neraca iman ,
bukan dengan gopoh gapah jiwa yang kecelaruan. "
saban hari,
Menemani 'wanita besi' tercinta , kami berpelesaran di malam hari. Membawa tenaga persis serikandi, mahu membidik rezeki daripada Rabbi.
Kadang lelah, kadang mengah.
Tapi pengakhirannya, pasti tersenyum megah. Kerna mencari rezeki dengan jasad sendiri yang gagah. Tidak meminta rayu pada manusia yang lain, hanya mengharap pergantungan pada YANG Maha berkuasa.
Tuhan yang menganugerahkan rezeki tidak mengenal masa.
Hakikatnya, aku tidak punya ramai sahabat disekeliling. Sahabat yang semewah keprihatinan yang tidak tertanding.
Ada...
Tapi jauh sangat dari mata.
Bahu pun tidak mencecah dekat.
Namun ku kira seandainya makhluk seisi dunia bertanya siapa sahabatku yang membawa aku telusuri dunia dan mencari bahagia di akhirat, pasti aku bakal laungkan,
" Dia..Dia...Dia. ! "
" Ibuku..Ibuku..Ibuku.. !"
Manusia yang berhati kental mendidik erti dewasa,
Mengajar senyum semewah buih dilautan ,
Menjadi pendengar, penasihat yang tidak akan meninggalkan aku walau sekejap.
Aku, sayanginya lebih dari jasadku yang percuma.
Dia, tiada nilai tolak bandingnya..
:')
Tidak lama nanti, maratib amal kedua bakal ku daki. insan-insan yang berlingkaran dihati ini, pasti tetap dirindui.
Seutuh jasad yang masih bernyawa. Bernafas dengan hela.
Manusia-manusia itu, andai saat nanti aku mendaki, entah kenapa aku mengharapkan tangan-tangan yang memahami memaut bahu ku.
Menyatakan sokongan saat dunia tidak bersetuju dengan apa yang aku ingin dirikan.
Manusia-manusia yang menghadiahkan aku mimpi,
mengutip ombak-ombak realiti, dilautan hati yang tidak bertepi.
Lalu, mereka itu, hadir dalam kejauhan. Mengirimkan aku obor kekentalan.
Selepas mereka yang aku kenal,
aku ingin terus tekun menjahit getar di langit kehidupan untuk kali ke sekiannya. Seusai itu, selepas diberikan realiti itu, aku ingin semakin berani menanam mimpi di kebun hari.
Di ladang tanaman hati.. bersama mimpi yang pasti berbuah realiti yang 'manis'.
Haiahhh~
Balam berbalam di dada bulan.
Aku membaca catatan hari depan.
ya, mentari tidak pernah lupakan janjinya untuk datang memberi terang.
Di bumi , aku menantikan dalam mewahnya harapan.
hmmm..
Rindu, bakal membuah lebat!
Tercipta hebat...
-----------------------
Nota SKH:
" Kak,ni berapa ringgit ye? "
Aku panggungkan kepala.
Beberapa para akhawat menjengah ke gerai ku. Senyuman kemesraan terpamer di setiap sudut wajah.
" Dua ringgit dik. "
Balas aku dengan jawapan dan senyuman, mataku mainkan peranan. Membiaskan senyuman di balik hijab sehelai kain yang menutup. Moga mereka nampak senyuman ikhlas ku.
Mereka angguk. Berbicara antara mereka.
" enti nak tak? ana belanja "
Seorang ukht memegang erat tangan sahabat FILLAH nya.
" Betul ke ? Jazakillah enti ! " Senyuman semekar bunga yang berkembang menata rias wajah teman itu.
Diam-diam hati aku berbunga cemburu.
Alahai, masakan tidak. Aku rindu berkeadaan begitu. :'-)
Bergelimpangan akhawat-akhawat yang berpelesaran di gedung-gedung ilmu, berpimpin tangan, bercanda mesra.
Subhanallah, terlalu indah panorama yang aku sedang lihat saat ini.
Bidadari dunia yang tidak lapuk dakwah dan tarbiahnya.
Bergandingan tetap memacu jasad untuk menegakkan islam di bumi yang kian Tua usianya.
Nah~
Suara-suara itu meledak difikiranku.
Ah, suara-suara manis itu, temaniku ke mana-mana.
Kemana-mana sahaja aku pergi. Suara yang menambahkan lagi nilai kasihku kepada mereka.
#Sahabat!
Tegarnya kerinduan ku pada mereka. Menjentik halus air mata pada rindu untaian yang membina.
"Kita yang berkasih dalam sembunyi dan terang, tanpa rasa takut dan bimbang.Kita berhibur dengan Kalamullah,berhimpun dalam Halaqoh, berjanji dengan ukhwah Fillah"
AtinJieha
23:50 p.m
30032013
"....kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu...."
#Sudi-sudikan meng'LIKE' page SKH. :) Jazakallah.
2 ulasan:
Seringkali rindu bertandang sebelum tiba waktu merindu ^^
Seringkali rasa bahagia meski belum tiba detik itu. Hihi. Maratib amal kedua bakak aku daki. Ewahh.. ^^
Sy tunggu awak walau status nanti dah berubah. Yg pasti ukhwah sejati sentiasa di hati !
Menghampiri kehidupan baru mmg mendebarkan...sbb kita tidak mengetahui kesudahannya kan? (^_^). Namun, In shaa Allah, ianya akan lebih membahagiakan, sbb janji Allah itu benar. Moga mendapat ketenangan dalam hati dan Syurga tempat kamu dan keluarga kamu. (^_~)
p/s: walau status da berubah nanti, teruskan berkarya k.
p/s/s: memori simpan dlm hati, bila perlu, ianya akan mengukirkan senyum dibibir kita
Catat Ulasan