Khamis, September 05, 2013

:: Frasa Bahagia antara Duka ::

Views


Dikesat-kesat air mata ditubir, 
ahh~ penangan apa ni. 
Bagai ditusuk pedang yang tajam, terasa parah di hati beliau. 

Bukan ini yang dia mahukan.. bukan. 
Tidak sama sekali. 
Yang ingin,.Hanya.. satu frasa dipanggil ' bahagia'. 
Bukan 'duka' yang berwibawa. 
Perdebatan sengit antara rasio dan hati semakin meruncing. 
Rasionalisme kian menjalar hingga merempuh sendi-sendi kehidupannya. 
Kegersangan semakin menghantui jasad dan ruhiyyahnya.

Pap!
Satu hentakan kecil bagai tepat terkena kepala berkerudungnya. 
Satu bisikan halus menjelajah cuping telinga.

" Pertolongan selalu didahulu oleh penderitaan. Oleh sebab itu,tabah dalam menghadapi penderitaan,nestapa dan kefakiran adalah merupakan ukuran mahabbah kepada Allah. "

Masakan tidak,
Pertalian dan status hamba akan jelas pada masa kesulitan. Bila datang kesulitan dari Allah azza wajalla, dan kita tetap tidak goyah sedikit pun.. ini bererti kita benar-benar menyintai-NYa.. tetapi, jika berubah lari ,akan lenyaplah segalanya. "

Sentap.
Nangislah penuh taubat.

Beliau mengusir air mata yang bergelodak lebat di wajahnya. 

Bukan tangis kesal yang diharap,
Kembali pasakkan iman dan majukan kudrat.
Bukan menanti dengan rintih dan sesal, 
tapi berusah menjadi soleh. Nescaya akan menjadi orang yang fasih dan sahih. 

Manusia, walau digelar nisyan..
ambilllah kepahitan, lalu duduk pada pintu amal.
Sehingga ketika kamu diperintah telah berada berdekatan ZAT yang memerintah. Janganlah kamu di atas katil dan berselimut dalam kamar, lalu mencari amal dan kerajaan. Dekatkan hatimu kepada zikir. Ingat kepada-NYA pada hari kiamat. Fikirkan tentang khabar..

Disitu ada bahagia.. sayang~ 

#Esak dan senyum. 



Nota SKH:

Ehem2.. Jom jadi insan yang sentiasa menjadi diri bahagia. Bukan meratap duka. ;)




AtinJieha-Pemilik SKH
00.15 a.m
05082013

☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

1 ulasan:

cimon berkata...

Begitu sukar mempositifkan fikiran apabila ujian yg menimpa menyebabkan tsunami air mata. Doa yg dipanjatkan dlm rintihan bagai hujan selepas badai. Mengharap Allah hadirkan sinar Pelangi mewarnai wajah hati ini. Sabar dan doa; senyum atas senyuman sahabat2; bergerak atas Ugama ini; dgn harapan yg kini bagai cahaya lilin; moga Allah kuatkan hati hingga ke akhirnya.

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH