Sabtu, November 30, 2013

:: Taman Teman ::

Views


Assalamualaikum Taman Teman,
Masihkah mekar dengan damai?
Atau.. sudah suram dengan semaian ..
Tiada lagi senandung-senandung semalam
Hilang jua senyum-senyuman.

Taman teman,
Dulu, engkau tempat ku mengaduh,
Meluah resah ,
Melakar teguh.
Keterikatan jiwa ku padamu sangat utuh .
Hingga sehari tidak menatap, bakal gundah diriku.


Engkau taman ..
Tertulis dengan si hati , segaris senyum yang tidak henti.
Engkau jua taman..

Terlukis dengan sendu sendiri .
Akhirnya menjadi penawar penyembuh diri.
Terima kasih sayang..

Aihh~
Haru biru menjadi racau.

Bukan kerna rajuk yang menjadi petualang. Namun kerna hambatan masa dan kerosakan kemudahan.
Mungkin ini masa kembaliku. Melukis kembali kanvas-kanvas sepi .Mungkin kali ini dengan pena yang lebih warna warni dan berani . Juga dengan lukisan wajah senyum yang tidak berhenti, bukan lagi yang plastik. Bukan lagi..~
Kerana , sudah tiba untuk menghadapi masa hadapan yang lebih proaktif.
Menghadapi Dunia yang lebih berwarna warni.
Taman Hati Teman.

Maafkan teman ..Taman.
Engkau tetap teman yang menjadi taman dalam setiap sudut hati.
Sentiasa.
Walau terkadang ku alpa dalam meninjaumu.
Untuk menyapu debu-debu dan sawang yang bertandang.
Akan pasti ku tebus kembali bila diri kembali beraksi.

:')

Putaran Darjah,
Sekelip mata berubah.
Dunia Baru.
Sebelahku pangeran , dihadapan ku dunia yang terang.
Sebelum ini kelam, atas Ihsan TUHAN Yang Maha Penyayang,
Dikurniakan CAHAYA yang begitu Terang.
Lebih bersinar dari cik bintang dan bulan,
Lebih bercahaya dari sang gagah matahari.
Lebih segalanya atas kurniaan daripada RABBI. 






☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH