Selasa, Januari 07, 2014

:: Januari KU ::

Views



Januari ,
Aku ini .. 
Si wanita kecil,
Yang masih berdiri.
Membesar dengan penuh harapan
Hasil daripada rencana TUHAN.

Januari, 
Usia ku lebih dari satu angka,
Menginjak kepada Dua 
Yang nyata menjadi perpuluhan
sehingga membuat ku terasa 'Tua'.
Aku sudah Tua , wahai januari..
Sedangkan amalku ,
Sedikit tanpa meningkat seiring usia.

Januari,
Dengar sini.
Aku masih disini.
Sedang lagi melakar mimpi
Menjejak sahrawi ,
Jauh dari Ibu Pertiwi.
Terasa diri diulit mimpi ngeri .
Ini realiti kan?
Tapi,
Bukankah ini Caturan TUHAN
Sesuai dengan FIRMAN,
Dalam Quran dicatatkan,
Dengar si Hati ku sayang,
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

Januari,
Aku ingin berjalan lagi.
Namun kini, dengan iringan larian yang tiada henti.
Kalau ku lelah,
Masa pasti mengubati
Dan aku akan terus berpijak di bumi ini
Dengan kental jiwa dan diri.

Ya, kali ini akan cuba ku tepati
Kerna,
Kehidupan ini ibarat sedang berada di tengah-tengah tali gantung
Untuk berpatah balik,
Pasti bakal ku kenang kembali kepayahan yang telah dilalui selama ini
Alang-alang sudah melaluinya
Teruskanlah hingga ke hujung garis
Aku tahu januari..
Di hujung sana,
Ada segaris senyum bahagia yang menanti.


Doalah sayang, Doa .
:')


Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.
Wahai Tuhan kami!
 Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.
Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
(Surah Al-Baqarah, ayat 286)






AtinJieha
Pemilik SKH
07012014

Selamat Datang Januari





من يتعب في البداية 
يسعد في النهاية

"Barangsiapa yang berpenat pada awalnya, gembiralah pada akhirnya"

Nota SKH:" Ada tak jasad baru nak tukar dengan jasad sekarang ni?"
Dia: " mintalah dengan Allah "

*sentap~!

" kan awak selalu tulis Kat SKH ..mohon kudrat,mohonlah daripada Allah. DIA nak dengar rintihan awak.. "..

Hujan!~

If Allah bring you to it, He will bring you through it 
Bersabarlah teman. 
Langit takkan selamanya mendung, hari takkan selamanya malam.
Inna Maal Yusri Yusra

☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

1 ulasan:

cimon berkata...

Boley terus melangkah atas jalan kiblatNya. In shaa Allah. ^^

Chayo'X2 !!!

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH