Khamis, Januari 28, 2010

< Persidangan Tahunan Mahasiswa SeJordan > PERTAMA kembali, kali ini di Mu’tah

Views





Oleh Mohd Syafiq bin Md Shafii
Timbalan Presiden 1 PERMATA
Pengarah Program PERTAMA kali ke 4

Mu’tah akan menjadi tuan rumah bagi satu persidangan tahunan anjuran MPPMJ. Mu’tah yang terkenal dengan sifat ukhuwahnya akan sekali lagi menerima tetamu-tetamu daripada seluruh mantiqah di Jordan. Persidangan Tahunan Mahasiswa Sejordan (PERTAMA) akan diadakan pada 11,12 & 13 Februari 2010. Persidangan ini diadakan khusus kepada seluruh mahasiswa Malaysia Jordan yang dahagakan ilmu, input, dan sesuatu yang baru.

Dakwah dan Realiti Mahasiswa Timur Tengah

Tema yang dipilih pada persidangan kali ini adalah Dakwah dan Realiti Mahasiswa Timur Tengah. Tema ini adalah rentetan kepada resolusi PERTAMA ke tiga iaitu Mempersonalitikan Diri Dengan Acuan Dan Paradigma Seorang Daie. Tema ini juga bersesuaian kepada seluruh mahasiswa Jordan yang terdiri daripada pelbagai jurusan iaitu Syariah, Bahasa Arab, Ekonomi Islam, Perubatan dan Pergigian.

Kesemua kertas kerja dan forum akan dibentangkan oleh gandingan 2 orang Ustaz iaitu Ustaz Hasrizal Abdul Jamil atau lebih dikenali dengan saifulislam dan Ustaz Maszlee Malik. Kedua-dua ustaz ini adalah bekas pelajar universiti di Jordan dan begitu terkenal di kalangan mahasiswa.

PERTAMA untuk Mahasiswa

Program ini bukan dijalankan bagi memenuhi kalendar program MPPM, ataupun memenuhi kehendak sesetengah pihak. Program ini adalah untuk mahasiswa Jordan dan peserta-peserta. Kejayaan sesuatu program bukanlah terletak pada “gempaknya” sesuatu program, bukannya pada siapa yang berceramah, bukannya pada makanan yang akan disajikan, tetapi kejayaan sesuatu program adalah pada apa yang mahasiswa dapat dan kesan pada mahasiswa itu pada masa akan datang

Dengan ini, saya menyeru mahasiswa seluruh Jordan bagi menyertai seterusnya menjayakan persidangan ini. Segala cadangan dan komentar dari mahasiswa amat kami perlukan. Segala maklumat dan informasi akan diiklankan di BLOG PERTAMA

http://pertamakembali.blogspot.com

Carta Organisasi Ahli Jawatankuasa Pelaksana PERTAMA KE-4<>




Kerana kita adalah satu ..!!

*gegaran idealisme mahasiswa seJordan pasti akan menjadikan dunia mahasiswa Islam timur tengah berpencak dan di pandang risau oleh musuh Islam!!




MySpace

☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

Isnin, Januari 25, 2010

~ Marah~ Jangan jadi hamba Emosi ^_^

Views




Dengan nama Allah s.w.t. yang Maha Agung, Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun dan segala Puji-pujian serta Kebesaran yang selayak dengan Kekuasaan-Nya yang mengandungi Keberkatan, Kelazatan, Kemanisan, Ketenangan dan Ketenteraman yang tidaklah tersembunyi kepada orang yang pernah menyebut nama yang suci itu dan pernah mencintai-Nya buat beberapa lama.

Sabda junjungan Agung kita semua umat Islam Baginda Rasulullah s.a.w: "Ballighu anni walau aayah" (Sampaikanlah apa yang kamu dapat daripadaku walau hanya satu ayat)


~MARAH~

MySpace MySpace MySpace MySpace


RASULLAH S.A.W BERSABDA: "SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH ORANG YANG LAMBAT MARAHNYA DAN SEGERA PULA REDA APABILA SUDAH MARAH DAN SEJAHAT-JAHAT MANUSIA ADALAH ORANG YANG LEKAS MARAHNYA DAN LAMBAT PULA REDA MARAHNYA ITU..

Manusia..bila marah ia sering melupakan kebaikan yang pernah dilakukan insan tersebut padanya.betul atau tidak??Tidak kira apa jawapanmu.. apapun itulah realitinya..=) rights..

Tahukah sahabat sekalian..
"Marah"..secebis api yang bersumberkan dari api ALLAH yang bernyala-nyala,yang panasnya naik ke pangkal hati,dan api itu bersemadi pula di dalam lubuk hati hingga berbara ,kemudian diselaputi oleh abunya.Daripadanya terpancar sifat yang terpendam di dalam setiap hati orang yang sombong dan bongkak,seperti terpancar api dari batu yang bergesek dengan besi.

Lantas melalui sifat marah itu lah timbulnya perasaan-perasaan yang lain iaitu dendam ,hasad dengki dan ketahuilah,menerusi sifat-sifat inilah telah banyak orang yang binasa dan banyak juga orang yang rosak.kerna punca segala kebinasaan dan kerosakan itu adalah bersebab dari segumpal daging (hati),sesungguhnya teman-teman,jika daging itu dijaga dengan baik,baik pulalah seluruh tubuh.

Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya. -

Saidina Ali bin Abi Thalib





Sesungguhnya marah merupakan sebuah bentuk emosi yang dimiliki manusia
Dan manusia meluahkan marah dengan pelbagai cara dan jalan yang berbeza-beza.Sesetengah manusia memendam marah untuk sementara dan ada sebahagian manusia berfikir dengan memendam marah tersebut dapat meredakan marah agar tidak meledak.Tindakan itu mungkin dapat membantu pada waktu itu tetapi, jika kita berpendapat memendam marah itu dapat meredakan,sesungguhnya hal itu tidak bermanfaat untuk masa depan kerana tindakan itu cuma menunda emosi marah kita dan akhirnya marah yang kita pendam itu akan mengarah kepada penyakit yang berhubungan dengan stress dan ledakan marah.

Marah sememangnya menimbulkan situasi serba salah.Jika kita melampiaskan begitu sahaja,beberpa jenis penyakit bakal menunggu kita tetapi sebaliknya bila kita memendam marah pula,akan ada juga penyakit yang bakal mengundang.tapi..no problem without solutions..^-^
Setiap orang pasti pernah mengalami marah,entah diungkapkan mahupun dipendamkan dalam hati.
walaupun kemarahan dikeluarkan,caranya adalah berbeza-beza antara seorang insan dengan yang lain.

Banyak perkara yang mampu membuatkan kita marah.Namun,umumnya kita marah bila hak-hak atau nilai-nilai yang kita junjung dipijak-pijak orang lain,harga diri kita dijatuhkan,atau jengkel bercampur kecewa terhadap keadaan yang dihadapi.atau marah disebabkan oleh ketidakadilan,kurang kebebasan,rasa iri hati atau perasaan tidak aman.

Sedarlah teman-teman..jauhi marah amalkan sifat memaafi..Sesungguhnya insan yang cemerlang adalah insan yang mampu mengawal emosi marah dan tidak menjadi hamba kepada emosi mereka.

Daripada Abu Hurairah R.A : bahawasanya seorang lelaki berkata kepada NABI S.A.W. " Berwasiatlah kepadaku," Lalu Nabi S.A.W menjawab :" Janganlah Engkau menjadi seorang yang pemarah." Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali,Nabi S.A.W menjawab :"Janganlah Engkau Menjadi seorang yang pemarah ."

Sesungguhnya hakikat marah menurut islam adalah marah yang terpuji dan marah yang tercela.Kemarahan yang ditujukan untuk mempertahankan diri ,agama,kehormatan,hak atau menolong orang yang dizalimi adalah marah yang dituntut.Sebaliknya yang selain daripada itu adalah marah yang datang daripada sifat-sifat syaitan yang dikeji oleh islam.Oleh itu,umat islam perlu lah menjauhinya.
Berkata Ja'far r.a: Kemarahan itu adalah kunci segala kecelakaan


Sesungguhnya manusia perlulah menanamkan sifat mendahulukan sifat maaf dan sabar di atas kekhilafan dan ketidaktahuan


Ketahuilah bahawasanya sifat marah itu bila tidak dikekang dengan segera, nescaya
sukarlah ia disembuhkan dengan serta-merta, maka ketika itu ia akan terpendam di dalam
kebatinan, dan bersarang di situ, sehingga menjadi sifat dendam pula.
Pengetian dendam itu, ialah bila hati anda merasa sangat berat terhadap, seseorang,
seperti membencinya, menjauhi diri darinya dan sifat itu akan kekal bersemadi di dalam
hati anda dan sentiasa hidup di situ.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Orang Mu’min itu bukanlah seorang yang pendendam.”
Jadi nyatalah, bahawa sifat dendam itu bersumber dari sifat marah, dan ia akan
menimbulkan berbagai-bagai perkara mungkar iaitu:


1. Perasaan hasad dan dengki dalam diri, sehingga anda merasakan tidak senang bila
melihat seseorang berada di dalam kenikmatan, lalu anda mencita-citakan
terhapusnya nikmat itu daripadanya. Tegasnya anda tidak suka seseorang yang
hidupnya senang-lenang, sebaliknya anda merasa gembira bila ia ditimpa bahaya
atau kesusuhan. Perilaku ini adalah contoh dari perilaku orang-orang munafik.


2. Anda bukan saja menyimpan perasaan hasad dan dengki di dalam diri anda, malah
anda merasakan senang sekali, bila orang itu terkena sesuatu musibat atau bala
bencana.


3. (3) Anda akan menjauhinya dan memutuskan semua perhubungan dengannya. Tidak
mahu bergaul dengannya, meskipun ia cuba berbaik-baik denganmu dan
mendapatimu.


4. (4) Kiranya orang itu lebih rendah kedudukannya darimu, maka anda memalingkan
dirimu daripadanya, kerana menganggapnya kecil di hadapan matamu.


5. (5) Anda akan mengucapkan kata-kata yang tidak patut terhadap orang itu, tidak
kira sama ada dengan berbohong, mengumpat.


So Ada beberapa tips yang ingin ana kongsikan berkenaan cara mengawal marah yang ana ambil melalui web seorang sahabat :-

1. Merenungi ayat-ayat Al-Qur’an dan hadith berkenaan marah agar dapat memahami ganjaran yang bakal diperolehi daripada menahan marah dan seterusnya menjadi motivasi untuk mengubah sikap.




Daripada Sahl bin Muaz bin Anas, daripada ayahnya, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang sesiapa menahan amarahnya pada hal ia mampu untuk menumpahkannya, maka Allah SWT akan memanggilnya di hadapan para pemimpin makhluk, lalu Allah SWT memberinya kebebasan untuk memilih bidadari mana yang ia sukai.” (Hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah) Rasulullah SAW menjelaskan daripada Ubay bin Kaab, di mana baginda bersabda yang bermaksud: “Barang sesiapa yang ingin dimuliakan tempat tinggalnya dan ditinggikan darjatnya, maka hendaklah ia memberi maaf kepada orang yang telah menzaliminya, memberi kepada orang yang tidak mahu memberi kepadanya dan menyambung silaturahim kepada orang yang memutuskannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)



2. Katakan pada dirimu; “Masakan saya mahu membiarkan syaitan menguasai diri saya dengan bersifat pemarah!”
“Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api, dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.” (Hadis riwayat Abu Daud)



3. Mengubah posisi badan dan mengambil wudhu’. Juga memperbanyakkan istighfar dan zikrullah. Daripada Abu Dzar, ia berkata: Sesungguhnya Rasulullah berpesan kepada kami dengan sabdanya yang bermaksud: “Jika salah seorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia berbaring.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)



4. Tundukkan rasa ego dalam diri. Kadang-kadang orang berasa marah atau memarahi orang tidak bertempat kerana dia merasakan dirinya besar. Contohnya, seorang doktor memarahi jururawat hanya disebabkan kesilapan kecil kerana merasakan dirinya lebih berkuasa. Bayangkan yang bersalah itu adalah doktor pakar, mungkin dia akan berdiam diri sahaja.



5. Insafi bahawa setiap orang mempunyai kelemahan dan akan melakukan kesalahan. Kesilapan orang bawahan atau rakan kita boleh ditangani dengan cara yang lebih berkesan seperti menegur dengan lembut dan menasihatkan, bukannya dengan menengking atau membaling barang yang boleh menyebabkan kebencian dan mengeruhkan keadaan.



6. Mengelakkan perkara yang boleh menjadi faktor kemarahan. Contohnya anda sedang marah pada Si Abu, maka elakkanlah memandang wajahnya ketika anda masih marah.



7. Jika menghadapi individu yang menyebabkan kemarahan kita tidak dapat dielakkan, cubalah menyayangi individu tersebut kerana masakan kita akan memarahi orang yang kita sayangi hanya kerana perkara yang kecil. Contohnya si Ibu tidak akan memarahi anaknya hanya kerana kesilapan kecil kerana dia menyayangi anaknya.



8. Menjaga kesihatan, mendapatkan rehat yang cukup, makan makanan yang berkhasiat dan mengelakkan stress. - (relevan dengan kes saya di atas)



9. Pandangi wajah bayi yang bersih dan suci dari dosa, selalunya hati akan tenang – (bagi saya ini sangat membantu).



10. Bersifat memaafkan, redha dan melupakan lebih-lebih lagi dalam perkara yang kecil dan tidak wajar diperbesarkan. Ketahuilah ganjaran besar Allah bagi mereka yang pemaaf. Apabila sahaja kita merasa sakit atau rugi kerana tidak dapat melampiaskan kemarahan kita, ingatlah firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 133-134:



“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema`afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.”



11. Luahkan kemarahan dengan cara sihat terutamanya pada perkara yang hanya akan selesai dengan perbincangan. Contohnya dengan berbincang dan memberi ruang pada diri dan teman untuk meluahkan rasa secara damai. Ini lebih baik dari memendam kemarahan yang akhirnya menyebabkan barah kebencian.



12. Dan akhir sekali, bayangkan betapa hodohnya muka anda ketika marah...
Pengurusan marah atau anger management bukan semata-mata menahan marah tetapi meletakkan marah pada tempat yang betul. Marah adalah suatu sifat yang normal yang bila mana seseorang tidak mempunyai rasa marah maka rosaklah dirinya. Kita wajar marah pada kemungkaran agar kita dapat mencegahnya. Contohnya marah seorang suami pada isteri yang mendedahkan auratnya adalah marah yang perlu di sisi syarak. Marah seorang doktor pada jururawat yang tidak memberi ubat kepada pesakit adalah harus demi kemaslahatan pesakitnya. Apa pun marah kita, sampaikanlah dengan cara berhikmah bukan beremosi.

Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya -Saidina Umar al-Khattab






MySpace
Atin Jieha




☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

Ahad, Januari 24, 2010

Jeli Tour De Imtiyaz ^-^

Views


Post kali ini ana nak memaparkan jeli agar-agar buatan ana sendiri yang dijual sewaktu program

"NISA GAMES"

~Tour De Imtiyaz~































Segalanya dalam kenangan

Thanks a lots Bayt Imtiyaz with All of your support

and

Never Forget

To Our Team

"Biro Bimbingan dan Rohani"

~Congrates!!~


☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

Khamis, Januari 14, 2010

♥♥ - - Warkah Cinta - - ♥♥ Muslimah

Views


♥♥ - - Warkah Cinta - - ♥♥

Tatkala senja melabuhkan tirainya, malam yang menjengah terasa dingin dan sekelilingku menjadi hening, sebening hati dan perasaan kasihku buatmu teman. Biarpun kita kini berjauhan, ingatan ku padamu tetap utuh setiap waktu. Dan kini, kulakarkan sebuah coretan khas buatmu teman.. sebagai pengubat rindu malahan buat menjadi tatapan..hanya untukmu…..bukan untuk yang lain…

--Secebis Ingatan --

Teman….
Aku masih teringat tatkala bertandang menemui ratu hatimu <>..ibumu petah berbicara mengenai dirimu..perihal dan kisah kasih tentangmu..
Saat itu engkau masih kecil seumur bayi yang baru dilahirkan..
Engkau belum mampu berbuat apa sahaja, sehingga untuk menarik perhatian, engkau merengek menangis disepertiga malam membangunkan keluargamu..

Lantas,masa pantas berlalu.. engkau terus membesar menjadi puteri kecil yang selalu bermanja di pangkuan ibumu. Dan waktu terus berjalan…..sehingga kini engkau telah menginjak remaja. Engkau menjadi semakin membesar, pintar, dan makin banyak pengalaman hidup yang telah engkau tempuhi. Allahuakbar…terasa rindu pula pada ibuku…mungkin aku pun seperti itu saat masih kecil..apa khabar ibuku diMalaysia??...

Teman….
Saat ini, aku sedang mengimbau kembali saat kenangan bersamamu.Memori yang ku semat dalam hati meresap dalam jiwa..masih ingatkah dikau,aku sering bertandang ke rumah mu..saat itu hanya kau sahabat yang paling akrab denganku.. kita sering berkumpul di kamarmu untuk bercerita banyak hal..tentang kehidupan tentang pengalaman kisah cinta dan kasih .. Aku masih ingat detik-detik kita bersenda tawa, dan Hmmm……CERMIN dikamarmu itu …aku masih teringat..yang selalu kau sebut sebagai cermin paling indah… Engkau memang sudah lama memilikinya, dan aku yakin engkau pasti makin suka, karena setiap hari engkau memerlukannya,menatapnya...

Teman…..

Aku teringat sesuatu tentang cermin itu..Sering engkau pamerkan dirimu dihadapan CERMIN itu..Bahkan dibalik kaca jendela, sering….sering sekali aku melihatmu mencerminkan diri..apakah terlihat rapi ataupun tidak. Agar teman-temanmu nanti tidak mengejekmu,mengatakan engkau tidak kemas,mengatakan engkau old fashion..kolot.. begitu selalu katamu.Aku menduga, mungkin kau terkesan dengan segala kata-kata manusia..

Teman yang amat kukasihi.. Jauh di lubuk hati yang paling dalam, ada sesuatu yang ingin kubicarakan denganmu melalui warkah ini. Hanya seketika saja, sekadar sementara. Tidak lama... Engkau masih punya waktu kan teman..??

Kali ini…bukan ku ingin bertanyakan perkhabaranmu atau cerita mengenai kehidupanmu,kisah kasihmu..Bukan..bukan biasa yang sering kita bicarakan. Namun lebih dari itu. Aku ingin kita berbicara khusus mengenai diri kita,kerana aku menyedari bahawa semakin hari kita semakin ditelan dek zaman yang membangun, bukan hanya kedewasaan kita, namun juga peningkatan kematangan pemikiran kita. Kita bukan lagi si anak kecil yang harus disuruh kita begitu dan begini. Kini kita sudah dewasa, sehingga banyak yang harus kita persediakan agar makin matang untuk menentukan sendiri haluan hidup kita nanti.

Wahai Temanku…..

Hari demi hari telah kita lalui.Telah banyak perubahan yang terjadi , kan? Izinkanlah aku untuk bertanya sesuatu padamu…Kalau kau tatapi dirimu di CERMIN indah kamarmu itu, apa yang engkau lihat disana? Apakah seorang puteri atau gadis remaja yang sudah cukup matang mengharungi hidup ataukah yang masih menjalani proses perubahan membentuk diri? Mungkin, engkau akan menjawab kedua-duanya…atau mungkin hanya salah satu jawapan…
Tidak mengapa temanku…Aku mampu memahaminya….

Teman, ketika engkau didepan cermin yang indah itu….
Masih ingatkah dirimu berapa kali sering engkau mencerminkan dirimu?
Dan sedarkah engkau siapa yang muncul di cermin itu?
Ya, memang itu adalah engkau.Engkau Temanku…

Engkau yang dahulunya lahir dari rahim kasih ibundamu.., setelah malaikat meniup roh dan menulis catatan tentangmu ketika engkau masih menjadi janin usia 4 bulan.Dan kini menjadi seorang gadis yang semakin dewasa…

Wahai Teman….

Ketahuilah…Kita semakin meningkat dewasa, dan telah banyak waktu yang kita lalui bersama-sama. Ku mengenali dirimu jauh lebih baik daripada yang lainnya. Begitupula sebaliknya. Ada satu hal yang ingin kutanyakan lagi, “Apakah saat ini engkau telah mengenal dirimu sendiri, wahai temanku tercinta?Bukan sekedar mengiyakan bahawa bayangan dihadapan cermin itu adalah dirimu? ” Jawablah Teman, tak usah engkau malu-malu…mahupun segan..kerna segalanya ini terlalu penting. Ini penting sekali sebagai bekal hidupmu kelak, kerna seperti yang kita sama-sama mengerti, sekarang ini kita sedang dalam proses mendewasakan diri…dan itu adalah keperluan bekalan agar kita tidak tersalah menuju arah..

Teman sayang….. Izinkanlah aku berbicara hati ke hati kepadamu… ♥♥

Ketahuilah oleh dirimu, bahwa aku dan kau sama-sama manusia, dua orang insan yang sering diberi nikmat dan kurnia oleh Allah Taala….kerana memang Allah yang menciptakan diriku dan dirimu… Allah yang memenuhi kehendakku dan kehendakmu, dan Allah pula yang telah mengatur semuanya sehingga kita membesar sebegini. Hanya DIA, Temanku…….
Ditangan-Nyalah diatur segala urusan, termasuk urusan langit, bumi, haiwan, tumbuhan, dan kita para manusia…. Allah Taala yang telah menentukan bahwa kita tercipta sebagai wanita, sebagai muslimah…Dan lihatlah, betapa tingginya Allah memberi kedudukan dan darjat
kepada kita, sehingga didalam kitab suci ALLAH, --Al-Quran--, Allah melakarkan surah khas bernama “An-Nisa” yang ertinya “WANITA”.

Wahai Teman,

Seringkah engkau membaca surah tersebut sebagai renungan dan tatapan ? Ini adalah satu diantara sekian tanda bahwa Allah memuliakan kedudukan wanita. Kelak Insya Allah, dari rahim kita lah akan lahir ummat Islam yang banyak,baitul muslim. sehingga di hari Akhir nanti, Nabi kita, Nabi Muhammad Shollallaahu’alayhi wa sallam akan mengatakah dengan bangga atas jumlah ummat yang banyak. Bahkan, tentang kudrat wanita, RasuluLlah pun bersabda,

“Sesungguhnya dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah”.

Hadits ini disampaikan oleh Imam Muslim, dan memang benar dan shahih bahwa ini perkataan Rasullah S.A.W. Engkau kini menyakini bukan bahawa Allah dan Rasul-Nya amat menjunjung martabat dan kedudukan kita sebagai seorang wanita serta muslimah?

Teman yang amat kusayangi… aku ingin mengajak diriku dan dirimu…Yakinlah dengan seyakin-yakinnya bahawa Allah Taala memilih aku dan kau untuk hadir kedunia ini dengan hikmah penciptaan yang agung ; bukan sembarangan, kerana Allah Maha Kuasa mencipta apapun yang dikehendaki-Nya, sehingga mustahil bagi Allah untuk sembarangan dalam berbuat, karena Dia Maha Mengetahui dan Maha Luas ilmu-Nya.

Sekarang sayang, cubalah dikau renungi… Sampai detik dan saat ini, telah terlalu banyak sekali nikmat Allah yang tercurah kepada kita sedari kita kecil sampai sekarang. Dan itu memang kerana kebaikan Allah semata, bukan dari yang lain. Allah yang berkuasa berbuat kebaikan, Allah member segala nikmat sihat, ketenangan hati, teman sepergaulan yang baik, ini….itu…., tentu amat sangat banyak, sehingga aku tidak mampu melakarkan semuanya untukmu, kerana aku yakin Allah selalu berbuat kebaikan kepada kita semua..

Sungguh temanku tersayang……..tidak banyak wanita-wanita di dunia ini yang boleh dipanggil muslimah. Tengoklah ke negara-negara yang penduduknya tidak mengenal Allah sama sekali, atau mengenal Allah dengan hanya menyebut nama-Nya ketika sedang susah ditimpa bencana mahupun musibah, atau bahkan mereka yang malah menyekutukan Allah dengan memohon bantuan kepada selain Dia. Engkau mengetahui keadaan mereka, bukan?

Semoga Allah melindungi kita supaya tidak termasuk dalam golongan mereka. Amin.

Wahai Teman…..

Marilah bersama-sama mengucapkan syukur AlhamduliLlah atas nikmat ini…karena semakin kita mempelajari nikmat Allah dan meyakini betapa Allah Maha Mengetahui atas jiwa-jiwa ini, kita akan semakin memahami hikmah mengapa aku dan engkau diciptakan, dan mengapa pula kita semua harus beribadah hanya kepada-Nya…..temanku,janganberhenti mengalunkan zikir memuji kebesaran ILAHI.Jangan lekangkan hati kita enkau dan aku dari mengingati-NYA..Kerana Aku tidak mahu kita tergolong dalam golongan orang yang tidak bersyukur yakni “KUFUR NIKMAT “..moga diperjauhkan dari segala itu..amin

Aku mengerti...teman
Sesungguhnya berbahagialah bagi yang memiliki kelembutan hati dan selalu mencuba melembutkan hati kerana ALLAH MAHA Lembut dan mencintai kelembutan...Dan berbahagialah pula kepada orang-orang yang mencintai keindahan kerana ALLAH SWT Maha Indah dan mencintai keindahan.Rasa pula adalah nikmat besar dari ALLAH yang bisa menghidupkan suasana hati dan mengelorakan semangat,meneduhkan jiwa insan.Rasa yang indah rasa yang penuh kelembutan dan rasa yang mampu membuatkan kita merasakan keagungan ALLAH SWT. Engkau rasa tidak apa yang ku rasakan teman..??

Semestinya hanya sememangnya Dia satu-satunya yang berhak untuk disembah. Tiada selain dari-NYA, karena selain Dia hanyalah ciptaan-Nya. Sehingga kita tidak boleh menduakan-Nya dengan apapun atau siapapun. Bagaimana, Temanku ? Engkau mengerti hal ini, kan? Aku berharap demikian, kerana bagiku, tidak ada yang lebih kuharapkan darimu, kecuali kebaikan untukmu di dunia dan akhiratmu kelak. Keana apa? itu kerana aku amat sayang kepadamu…..Aku sayang sekali padamu….

Teman tercinta,..

Tidak ku sedari sudah kulakarkan berbaris-baris surat cintaku ini kepadamu. Insya Allah, apa yang kutulis ini adalah sebuah renungan yang tulus dari hatiku, sebuah nasihat bagiku dan bagimu, agar kita mampu menemukan sebuah bayangan yang sempurna pada cermin indah itu…. kerana suatu hari nanti, kita pasti dan harus lebih dewasa daripada hari ini. Dan sebaiknya memang begitu, seiring usia yang bertambah, kita mejadi lebih mengenal akan diri kita yang sebenarnya dan lebih mengerti hak-hak Allah atas diri kita.

Kuakhiri lakaran dan wasilah ini dengan mengharpkan… Semoga Allah mengurniakan kesempatan kepadaku sehingga bisa lagi kulakarkan warkah untukmu. Dan kuberdoa semoga Allah mengasihi diriku, dirimu, keluarga kita dan kaum muslimin semuanya. Semoga kita selalu mencintai Allah dan Allah pun mencintai kita….Amin.


Temanmu........

♥♥ -- Atin Jieha --♥♥

~Editor ~


☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH