Jumaat, Julai 08, 2011

::Terbang Tinggi-tinggi,Lari Jauh-Jauh::

Views
Setinggi itu engkau lebarkan sayap kanan kiri
Membawa impian sejauh puncak di langit
Terbang tinggi-tinggi
Jauh-jauh menongkah badai mimpi
Berpada dalam menerajui
Sayapmu kau lebar luas
Kuat teguh dan berkobar
Semangatmu yang mencurah-curah
Di cakerawala langit Allah
Tanpa sedikit pun rasa lelah~

"salah ke wan nak masuk Universiti ambil jurusan photographer? "

Aku terkebil-kebil..ye~ masakan tidak..tetiba masuk tajuk 'Photographer' kan.

Terpana aku, seketika cuma aje. Malah tetap kembali fokus.

Pasti persoalan ini dia bakal utarakan pada aku setelah pada bonda dan adik perempuanku sudah diberitahunya..

Sambil tersenyum ..( memang selalu senyum sengih je aku ni )

"Tak salah lah..tapi pendapat akak, apa kata jadikan photographer tu sebagai hobi.Kalau untuk
mengambil jurusan itu untuk sambung ijazah..akak tak galakkan.Tetap ambil jurusan lain,dan
wan juga boleh berkecimpung 2 dalam 1 perkara ini..malah boleh lebih sukses."

Dia terdiam~

Angguk tak..geleng kepala pun tidak*

Aku memahami..bukan tidak bersetuju.cuma, perlu berfikir ke hadapan lagi.

Minat ~memang boleh membawa erti..tapi bijaklah dalam menentukan haluan diri.Perlu ada
strategi, supaya minda lebih kritis dan berinovasi.


Dialog bersama adik aku buat aku sentiasa terfikir-fikir~

Mana kan tidak..setiap orang punya hasrat tersendiri..

persis setinggi bintang dilangit,
seluas lautan yang dalam..
sejauh langkahan kaki mendaki
Azam yang dibawa bukan macam sisa-sisa makanan dicelah gigi. :)

Tinggi
Jauh
luas~..
Termaktub dalam rantaian hati
Kalau boleh dikepal harapan tersebut...
Genggaman pun Tidak mampu membendung
Terlalu besar !~

Dan aku renung kembali kata-kata hikmah dari Tsabit Bin Zuhair:
Salah satu inspirasi yang perlu diteladani:-
Seseorang tidak akan gagal
Selagi ia serius berusaha.
Segala urusan yang sulit atau yang remeh
Dapat ditangani dengan baik.
Orang yang memiliki prinsip
Adalah orang yang tidak hanya menerima perintah
Namun ia punya orientasi sendiri
Dan memiliki visi yang jelas.
Itulah orang pilihan
Yang hidup bukan sebagai pecundang
Meski kesempatan tetap tertutup baginya
Semangat di dalam dada akan tetap terus berkobar~

Semakin aku faham..setiap orang pasti ada kemahuan.
Dan aku jua begitu..~
Jauh di lubuk Qalbu..Terdiam dalam hatiku..Tersemai di jiwa nan beku.
Aku punya berjuta-juta 'rasa' dan 'impian' yang aku mahu nobatkan dalam kehidupan akan datang.
Cepat atau lambat..perlahan atau laju.
Berbekalkan azam yang satu..Menggapai Redho Allah Yang satu.Hasrat yang setinggi itu ku harap berakhir dengan noktah yang notanya terlakar warna-warni pelangi itu.

Menjejak ribuan mimpi
Lontarkan di garis-garis pelangi
Sayap kanan kiri merajai
'Pantas' yang dikibar saat ini
Garapan yang 'dihembuskan' pada rautan titian sepi
Suatu saat pasti akan bersemi!~
-InshaALLAH ..Biiznillah-

Jauh angan-anganku~...mahu memetik bintang-bintang yang bergemerlapan di langit ALLAH Yang SATU.

Mahu menjadi seorang penulis 'sasterawati'..
Luaskan taman 'seni kiasan hati',
bawa ia di persada yang lebih memahami.
Seperti Tokoh seni :
A.samad said
Tiada yang mustahil kan andai ada kukuhnya kekuatan ~
Juga ingin lari jauh-jauh menjadi ~
si gadis penjual kek warisan 'abi' & 'Ummi'
lebarkan jalur-jalur ekonomi
Mana tahu pucuk dicita ,ulum mendatang~
Yang aku bakal kembangkan ke serata alam...
Dan apatah lagi satu impian yang memang semua perlu mengecapi~
Mad'u dan da'ie yang tidak henti-henti memberi
Menyebar benih-benih dakwah di semua pelusuk
Pendidik ,perancang..perbaiki kelemahan ummah yang rata-ratanya semakin runcing masalahnya~

Fuhh~
'Tersenyum lagi'

Perlu kejar mimpi..
Kalau tidak 'ia' lari
Harus mengejari..
Nanti 'ia' Tinggalkan kita tanpa disedari


Dan pada adik, ku khabarkan.."Tiada yang mustahil kalau kita berjuang."
Yang dilihat ..usaha ,doa, dan tawakal..
Kemana kita garapkan impian..jangan lupa pada TUHAN..
Raih cita dan cinta
Seluas dan sedalam-dalamnya..
Biar kita mampu membidik bintang ..mengecapi sirna..
Andai dicampak ke mana pun..dibuang ..dihayun
Tetap teguh membawa keazaman

Sungguh~
Kita lebih kenal diri kita yang sebenar
Kemampuan, semuanya terletak di genggaman
Letakkan pergantungan pada Rabbi
maka pasti dia tunaikan impian kita yang berkobar-kobar
Dan..
Aku jua ingin menjadi diriku~
Membawa kehangatan mentari buat 'alam'
Menjadi persis pelangi ..menguntaikan senyum yang berpanjangan
Andai diizinkan..
Moga Allah memakbulkan impian~
Ameen..

[ Biarkan harapan bercerita tentang diri kita ]

Nota cinta:-
Moga aku..kamu ..mereka..dia dan sesiapa ..kita bakal berubah kembali seperti 'dia'
( klik~ )

-Atin Jieha-




☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

(^_^)

Menangis.
Senyum.
Gelak.
Menangis lagi.
Senyum lagi.
Gelak lagi.

Tapi impian itu tetap masih padu...

Tanpa Nama berkata...

senyum.
nangis.
gelak.

senyum lagi.
nangis lagi.
gelak lagi.

Tapi semangat utk merealisasikan impian dan hasrat itu masih padu.. (^_=) miss u sis..tabah ye..

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH