Ahad, Januari 29, 2012

::Sinopsis Berduka ::

Views
Panas  menyerbu wajah.
Hangat.
Bukan kerna Malu, Tidak~!

Jernih-jernih hangat mengalir membasahi pipi.
Terasa mahu mendaki satu tempat tinggi, jerit kuat-kuat pabila di puncak,Mungkin jiwa bakal terasa segar sedikit. 
Hmm.. Itu sekiranya ada gunung atau bukit untuk ku singgah. 
Biarlah Aku bertapak sahaja disini.
Tenang ditemani 'cahaya' dari-NYA, berbekalkan pena dan kertas lakaran.

Aku bukan sempurna.
Aihh~
AKu tidak fikir sahabatku semuanya sempurna, tapi aku agak bimbang andai sahabatku bukan orang biasa. Allah~
Terngiang kata-kata temanku,
"Demi Allah ,jika Hijab itu diberikan, pasti dirimu tahu.
Ya~
Persis indah pandangan menghadap pantainya,
Menangkap ketam dengan perahu,
Jika Allah membuka hijabNYA,
Kelak nanti dirimu akan tahu. "

Terkebil-kebil hati ku mengerdip lantunan itu,
"Andai kata kita di beri peluang buat sesuatu yang kita mahu sangat, tetapi kita tidak jadi untuk membuatnya, sebab kita merasai kita sememangnya tidak layak, adakah kita berdosa membuat orang lain tertunggu-tunggu untuk kita menyempurnakan perkara itu?"
Terdengar pula persoalan ini..
Aku cuma menguis tangan ke papan keyboard, Bisu kelu sejenak. 

Aku tidak mampu untuk melayang seperti imaginasiku..Saat hiba mampu bertemankan unggun api, sambil menghadap pantai,meneropong bulan penuh, cantik..SubhanAllah.
Kalaulah semuanya semudah yang kita harapkan, mungkin waktu itu aku sudah tidur lena sekarang, sepi di tepi pantai ,dan hanya kedengaran ombak menghempas pantai.

"Ohh Allah!~
Maafkan hamba terlanjur kata,
Terlajak sangka,
Langsung tidak sedar hakikat diri dan jiwa."

Terkesima.
"Bulan malam ini terlalu indahkan?" Monolog sendirian.
Ukhuwah yang jujur juga lagi indah kan...
Sahabat yang sejati cermin pada diri kan..
Subhanallah~ Indahnya bila ada teman dan sahabat yang mengingatkan kita pada cinta ALLAH kan..

Sahabat aku pernah berpesan lagi:
" Sahabat, Tanah-tanah bumi itu ramai sahabat yang memahami, di mana-mana sahaja indah sana sini.
Dan sesungguhnya kita orang baru di bumi ini,
belum ada sejarah duka..
Tapi Tanah musafir syam , bumi sejarah yang kita ada sejarah duka.
Yang pernah ada cinta disitu,
tetapi..
Tanah barakah ini tidak bersalah,
Hargailah tanah ini.
Tanah ini juga indah, Medan Syuhada'.
Tidak semua punya sejarah ia.
Duka kita sebenarnya ujian biasa..
Untuk mereka yang mahu punya hati yang luar biasa."

Ye~
Kisah silam pasti menghambat jiwa.
Tegakah kita dilambung taufan duka?
Jangan biarkan hati berbicara tentang duka,
Jangan dibiarkan hati membuka luka,
kenapa pilih duka sedangkan kita boleh pilih bahagia?

Senyum..
Duka rasanya begini,
Atau lebih wajar nyahkan ia pergi.!
   



-AtinJieha-
23:30 p.m
29012012
Bayt Imtiyaz Crew, Mu'tah Jordan.
(  Pasti Nanti berhati Ceria , berwajah Bahagia )



☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH