Khamis, Februari 02, 2012

:: Salji Terakhir ::

Views
 1 Februari 2012:
Inikah hujan salji yang menimpa..?
Putih tebal segenap kota,
Cantiknya memang tidak terkata,
Menutup segala buruk dan cela.

Hati terdetik,
melompat  jiwa bagai ayam katik
Riang riang dengan keindahan yang unik
Merasa iklim yang subartik.


Diselaputi salju yang serba indah.
Indah..
Wap air yang membeku ,Rupanya tipis ~
Berkeping-keping berwarna putih.
Hablur-hablur ais yang turun dari awan angkasa
 Hadir dengan megah.

Wahhh~
Berlari-lari aku mengah,
Titisan Salji ku redah.

Berlarian persis anak kecil,
Mengenggam erat tangan si jantung hati.
Sesungguhnya,terlalu Payah untuk berdepan dengan manifestasi fitrah..
Berpisah,
Itu fitrah.
Sentiasa berlaku di  jalan Dakwah..
Walau hati tidak mahu mengalah.

-Atin Jieha  Siti Fatimah-


Tadi~
Itu suasana kami.
Meredah Guguran 'Butiran Mutiara' dari langit 
Yang buat kali terakhirnya untuk ku kecapi nikmat ini
Bersama 'khirijat' yang akhirnya bergraduasi

Kenangan.
Jangan dilupakan.
Itulah persahabatan
Itulah kasih sayang.

Disangkakan cerah hingga ke petang,
Namun rupanya ada 'tetamu' yang datang bertandang
Salam rindu buat kunjungan.

Moga jarak kita sentiasa dekat..
Dekat dari sebelum  ~ 

- Imtiyaz Crew- Bayt indah.



Atin Jieha
01022012
00:02a.m
Bayt Imtiyaz Crew, Mu'tah

[ Mahu menjadi puteri salju, bisakah? ]


Selamat Jalan Teman,
Tetaplah Berjuang
MOga kita kan bertemu lagi.

☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH