Ahad, Februari 05, 2012

(Nota SKH) :: Hujan ::

Views
Hari mulai malap..seberkas sinar mengintip melalui cerah tirai jendelaku. hmm~ Ku hirup sisa teh dalam cangkir porselinku, ohh! ada bayangan bulan di situ.
Aku Kembali melakar..sekadar Nota SKH untuk simpanan.
Tiada apa yang menarik, Tapi untaiannya yang secebis menghantuk jasadku untuk sentiasa tenang dan terus meletakkan pergantungan pada ILAHI.
Benar~ Kebesaran-NYA mampu menghiburkan hati.


Hujan~ Teriakan..Titisan nya.

Hujan menari-nari
Membasahi Mu'tah tiada henti
Entah bagaimana ku membuat keputusan sesuka hati
Menerjah Kota Salahuddin al ayubi walau tiada petanda hujan ini mahu berhenti
Inilah satu cara untuk tenangkan diri
Mencari erti, mengumpul memori.
Apapun tidak dipeduli.

Ahh~
Menarilah hujan..
Jangan pernah henti
Membawa tangisan duka yang tidak terperi
Pasti senyuman akan bersemi selepas ini.


-Atin Jieha-
30January2012
13:15 p.m
Qolaah Karak
Dalam Kenangan

Ingatlah saat airmata berlinang dan hatimu terluka,
Pasti ada Titah berkata:
 “La Tahzan, Innallaha Ma’anna.
 Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah berserta kita…” :)



☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

2 ulasan:

نورالحسنى ^_^ berkata...

wah, terima kasih akak. saya kenal gambar ini.. :)

sedih, gembira, semua ada.. teringat kenangan hari itu.. :O

Atin Jieha berkata...

saat itu kita sama2 menjerit, panjat sana panjat sini . mendepangkan tangan di bawah hujan..
kenangan ini pasti dirindui bila akak balik nanti. ;)

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH