Selasa, Februari 07, 2012

:: Siapakah Si Cantik ? ::

Views

Siapakah Si cantik?
Lagi tersangat Molek..?
Tanyalah Hatimu yang Celik.. 

Inilah si Cantik~

Apabila menjadi anak kecil,
Dia membuka pintu syurga buat Ayahandanya

Apabila gadis tersebut  menjadi seorang isteri,
Dia menyempurnakan sebahagian agama buat suaminya.

Dan..~
Apabila Gadis itu menjadi seorang ibu,
Syurga terletak dibawah telapak kakinya.


Tanya Hati, koreksi Diri..
Dia Si cantik yang punya hubungan intim dengan Allahu Rabbi..
Jua Menjaga ikatan harmoni dengan jiran tetangga dan teman-teman sejati.
Melaksanakan dengan baik hak-hak berbakti pada kedua orang tuanya, Memenuhi juga hak-hak buat suami yang dicintai.
Dia tampil dengan dandanan indah pada saat yang dibenarkan oleh Syar'ie, terutama buat insan yang bertakhta di hati.

Itu dia si cantik~

Menjadi sayap kiri buat suami.
Tongkat buat suami untuk memperbuat kebajikan, bertakwa dan beramal soleh. Lantas menjadi arkitek dalam memperhatikan pembinaan dan pembentukan keperibadian anak-anak yang bakal menjadi jundi dan serikandi buat islam.

Itulah si cantik~

 Yang sentiasa mempratikkan perkembangan jiwa dan akal jundi serikandinya dalam memberikan pengaruh lingkungan sekitar yang baik-baik sahaja.

Dia...
si cantik~
Perhiasan terindah di dunia ini
Bakal menjadi bidadari di akhirat nanti.
Kalau hatinya cantik, jiwanya molek,
Pasti jua mengecapi syurga tertinggi.

Duhai si Cantik sederhana yang Rabbani,
Tutur katanya lembut bak embun penyejuk dihati
Tatapan matanya penuh dengan kasih yang murni
Dialah inspirasi~..Dialah bakal menjadi Serikandi.


-Atin Jieha-
Bayt Imtiyaz 'Crew', Karak Jordan.
23:58 p.m
06022012

[ Gigit Jari..Gigit jari..~ Mampukah aku menjadi si cantik itu? ]









☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH